AkademiSMS Home  

 

main

Ingin Mencuba Sesuatu Perniagaan Yang Berbeza ?

"Terokai Betapa Mudahnya Memulakan 7 Bisnes SMS Hanya Dari Rumah 
Untuk Sesiapa Sahaja! "


Dengan Kaedah 'Real Time Hands-On'
Teknik Langkah Demi Langkah Dengan Modal RM0.00

Pelanggan yang saya hormati,

   Pada akhir tahun 2006, saya telah mula menulis mengenai perniagaan SMS. Ebook pertama Rahsia Buat Duit Dengan SMS telah diterbitkan dan hasilnya sungguh memberangsangkan. Jualan ebook tersebut mencecah lebih RM12,000 dalam masa tidak sampai 3 minggu!

   Tetapi bukan itu yang ingin saya kongsikan disini. Saya ingin berkongsi dengan anda penemuan eksklusif yang telah saya perolehi hasil dari maklumbalas ebook tersebut.

   Hasil kajian yang saya lakukan, hampir 80% dari pembaca ebook tersebut tidak memahami betapa mudahnya menjalankan perniagaan SMS hanya dari rumah! Tidak perlu modal yang besar untuk membeli sistem dan tidak perlu kakitangan yang ramai! 

   Ya! Perniagaan SMS adalah satu perniagaan yang bermodal rendah dan boleh dilakukan di mana-mana oleh sesiapa sahaja! Saya akan tunjukkan bagaimana..

 

5 Masalah Utama Usahawan Baru SMS

tl
tr

Masalah #1 : "Tidak Memahami Senario Keseluruhan Bisnes SMS"                   

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, jumlah langganan telefon bimbit telah melebih 26 juta langganan. Ini bermakna lebih 93% penduduk Malaysia mempunyai telefon bimbit.Tetapi dengan jumlah prospek pelanggan yang seramai itu, tidak ramai yang benar-benar memahami konsep keseluruhan perniagaan SMS. Ada yang bermula hanya dengan dengar-dengar dari orang lain, atau hanya melalui kaedah cuba jaya.

Memahami senario keseluruhan bisnes SMS merupakan Peraturan No.1 apa jua perniagaan SMS. Sebagai usahawan baru, mengenalpasti situasi pasaran adalah sangat penting dimana dapat membantu untuk merancangkan perkembangan bisnes SMS.

Masalah #2 : "Tidak mengetahui Masalah & Risiko Bisnes SMS"

Pelaburan yang paling baik adalah pelaburan terhadap ilmu. Apabila kita tidak mengetahui sesuatu perniagaan, adalah lebih baik kita pelajari terlebih dahulu selok belok bisnes tersebut. Perlu ketahui semua kebaikan dan keburukan perniagaan SMS disamping menilai tahap risiko bisnes. 

Kajian yang dilakukan kepada pelanggan AkademiSMS.com, 90% usahawan baru SMS akan gagal kerana tidak membuat penilaian risiko yang tepat sebelum bermula.

Masalah #3 : "Tidak Pernah Menggunakan Aplikasi SMS"


Aplikasi SMS ini agak janggal dikalangan kita. Tidak ramai dari kita yang pernah melihat aplikasi SMS tersebut di internet. Oleh itu, ramai dari kita seolah-olah 'sesat' kerana kurangnya pengalaman mengelolakan bisnes SMS dari rumah. Ini juga mendorong kita untuk membeli aplikasi dan sistem SMS yang berharga beribu-ribu ringgit sedangkan sesetengah aplikasi tersebut boleh diperolehi secara percuma!

 

Masalah #4 : "Gagal Untuk Mengiklankan Bisnes Secara Berkesan"

Ini juga merupakan kesilapan kritikal bisnes SMS.

Ramai yang beranggapan, bisnes SMS akan menjana wang dengan banyak secara automatik selepas membeli aplikasi SMS. Mereka tidak mengetahui bahawa bisnes SMS mempunyai pertalian yang rapat dengan pengiklanan.

Yang lebih penting, ramai diantara kita tidak sedar bahawa sesetengah iklan boleh dihasilkan dan diperolehi secara percuma!

 

Masalah #5 : "Gagal Menguruskan Kewangan & Modal Pusingan Bisnes SMS dengan baik"


Satu rahsia besar : Bisnes SMS adalah  perniagaan kredit!

Ini bermakna pendapatan daripada jualan hari ini hanya akan diperolehi dalam masa beberapa bulan mendatang. Ada juga diantara kita yang 'mati' di tengah jalan apabila kehabisan wang di poket sedangkan pendapatan dari hasil jualan bisnes SMS belum diperolehi.

Modal pusingan hendaklah diuruskan dengan baik bagi menjamin kestabilan pendapatan selaras dengan perbelanjaan bisnes.

bl
br


PhotoSiapa Saya & Mengapa Buku Ini Ditulis ?

Nama saya Irwan Dahnil, dan saya telah mula menjana pendapatan melalui SMS sejak 6 tahun dahulu. Saya telah mula menulis mengenai perniagaan dan pemasaran SMS sejak tahun 2006 dengan ebook bertajuk Rahsia Buat Duit Dengan SMS. Sehingga kini saya telah menulis 2 buah buku dan beberapa buah ebook percuma berkaitan dengan SMS. 

Saya juga merupakan ahli bersekutu Forum Pengguna Malaysia (CFM) sebuah organisasi yang memberikan khidmat bantuan kepada mereka yang mengalami masalah dalam skim penipuan SMS dan internet. Sehingga saat ini, saya terlibat sepenuh masa sebagai perunding bebas dan perunding strategik perniagaan internet dan SMS dan telah banyak membantu individu dan syarikat untuk lebih berjaya dalam melaksanakan kempen dan promosi internet dan SMS masing-masing.

Sejak 2006, saya telah berusaha untuk memastikan perniagaan SMS dijalankan dengan penuh etika dan bertanggungjawab. Buku ini saya tulis bagi memudahkan pembaca untuk memahami perniagaan SMS tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar untuk mencuba perniagaan SMS. Kebanyakan dari pelanggan saya agak fobia dengan pelaburan yang beratus-ratus ringgit, maka dengan buku ini mereka dapat merendahkan risiko tanpa perlu melabur membeli sistem yang tidak diperlukan. Sepanjang 3 tahun lepas saya telah melaksanakan banyak promosi dan program kesedaran dan pendidikan kepada pengguna mengenai perniagaan SMS.

tl
tr

Kemunculan di RTM - 2007/2008

SPM

Saya telah muncul di rancangan Selamat Pagi Malaysia beberapa kali untuk mempromosikan buku pertama Buat Duit Dengan SMS disamping membantu CFM untuk memberi kesedaran kepada pengguna bahaya ancaman penipuan SMS dan juga langkah-langkah pencegahan.





Tetamu Jemputan radio24 - March 2008

R24

Saya juga diberi peluang untuk muncul di segmen Radio24 Bernama untuk berkongsi dengan pendengar mengenai potensi perniagaan dan pemasaran SMS.


Penganjuran Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS
- 2007 / 2008

seminar1

seminar2

Sejak 2007, saya telah menganjurkan lebih 10 sesi latihan dan seminar perniagaan dan pemasaran SMS di seluruh Malaysia dan Sabah. 

test1

"Satu persembahan yang hebat & sukar mendapat seorang yang pakar dalam bidang ini untuk menerangkan segalanya tentang SMS dengan jujur secara sepenuhnya.. " 

Seminar tersebut telah mendapat maklumbalas yang sangat positif dari peserta!

 

Liputan Akhbar - April 2008

paper1

Saya bukanlah seorang penulis yang berlatarbelakangkan sastera. Tetapi apabila pelancaran buku saya yang pertama mendapat liputan akhbar, ia merupakan satu pencapaian peribadi buat saya.

 

Testimoni & Sokongan Pelbagai Pihak

rating

Usaha saya ini telah mendapat penilaian yang baik ketika pembentangan kertas kerja dengan beberapa agensi pinjaman dan geran kerajaan. Pembentangan saya mendapat 'rating' yang baik secara keseluruhan oleh panel penilai.

mara

bl
br

 

Kini Anda Juga berpeluang
Memahami 7 Bisnes SMS Yang Paling Popular
Hanya Melalui Buku Setebal 148 Halaman

bsms

Buku SMS Cara Pantas disusun dan ditulis dengan kaedah 'real time hands-on' yang memudahkan pembaca untuk terus mempraktik dan mencuba setiap langkah yang ditunjukkan tanpa perlu menunggu buku ini habis dibaca. Ia dilengkapkan dengan segala maklumat yang lengkap, teknik yang komprehensif dan trend terkini bagi memulakan bisnes SMS dengan kaedah terpantas.

Ya! Saya Mahukan Buku Ini Sekarang
Klik Pada Imej Dibawah


arrow  arrow  arrow

BuyNow


Bisnes SMS adalah untuk sesiapa sahaja!
Anda Mungkin juga patut mempelajarinya

tl
tr
check Usahawan baru yang ingin menceburi bidang bisnes SMS dan ingin mengetahui teknik yang terbaik untuk memulakan bisnes.
check

Pemilih perniagaan yang telah mempunyai perniagaan dan ingin mempelbagaikan perniagaan melalui SMS.

check Pemilik perniagaan SMS yang ingin mengetahui teknik-teknik pemasaran yang benar-benar efektif yang dapat membawa lebih keuntungan.
check

Individu yang telah mengetahui teknik perniagaan SMS tetapi ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana teknik tersebut dijalankan secara terperinci.

check

Individu yang ingin memilih SMS Gateway  iaitu kod pendek 5 digit seperti 32244, 32781 dan sebagainya yang paling murah, berkesan dengan panduan untuk memilih secara langkah demi langkah.

check

Penyedia Belanjawan untuk memudahkan kerja-kerja perancangan kewangan dan pengurusan sesebuah perniagaan SMS.

bl
br

 

Kandungan Padat & Tersusun
 Merangkumi Aspek Teknikal & Bisnes
Dari A hingga z


Buku ini akan mendedahkan betapa mudahnya memulakan perniagaan SMS untuk sesiapa sahaja! Buku ini menggunakan kaedah 'real time hands-on' dimana semua aplikasi yang diberikan didalam buku ini boleh digunakan adalah secara 'live'. 

Semua aplikasi yang ditunjukkan akan diberikan panduan dan langkah-langkah bagaimana untuk mendapatkan kata pengguna dan katalaluan. Ini membolehkan anda mencapai aplikasi tersebut secara serta merta tanpa perlu sebarang pendaftaran. Ia adalah langkah yang sangat mudah. Anda cuma perlu ikuti sahaja langkah seperti yang dicatatkan didalam buku. 

tl
tr
check Bahagian #1 : Kaedah Baca dan Cuba 7 Aplikasi
  • Bahagian #1 akan menyentuh mengenai hal-hal teknikal dan aplikasi SMS yang digunakan.
  • 7 perniagaan yang dihuraikan adalah :
    • Perkhidmatan Langganan menggunakan SMS Subscribe
    • Perkhidmatan Maklumat menggunakan SMS Information on Demand
    • Penganjuran Pertandingan SMS menggunakan SMS Contest
    • Pertandingan Mencipta Slogan menggunakan SMS Slogan
    • Menganjurkan Undian menggunakan SMS Voting
    • Menjual Produk Digital menggunakan SMS Page
    • Menyediakan Ruang Sembang menggunakan SMS Chat
  • Mencuba sendiri melalui latihan praktikal yang disediakan. 
    • 7 aplikasi tersebut diberikan percuma di dalam buku ini. Anda tidak perlu untuk membeli aplikasi lain hanya untuk mencuba perniagaan SMS. Ini merupakan penjimatan yang besar.
    • Anda hanya perlu memuat turun kata pengguna dan kata laluan dan kemudiannya ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di dalam buku. Langkah-langkah tersebut adalah berilustrasi bagi memudahkan anda mengikuti dan memahami.
    • Setiap latihan praktikal yang disediakan didalam buku ini adalah bersifat 'live' dimana anda akan melalukan transaksi SMS menggunakan telefon bimbit anda. Anda akan dibimbing tentang bagaimana SMS dihantar dan anda boleh lihat bagaimana aplikasi yang anda konfigurasi berfungsi apabila sesuatu transaksi SMS berlaku.
  • Apabila selesai mengikuti langkah-langkah di Bahagian #1 buku ini, anda anda memahami :
    • Contoh-contoh perniagaan yang sedang berlaku
    • Memahami transaksi setiap aplikasi
    • Menjadi penganjur 7 perkhidmatan SMS
    • Menyediakan senarai semak perniagaan
    • Tips perniagaan SMS
    • Mengkonfigurasikan setiap aplikasi, langkah demi langkah yang anda boleh ikuti
check Bahagian #2 : Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Perniagaan SMS

  • Bahagian #2 pula akan menyentuh hal-hal berkaitan dengan pengurusan, belanjawan dan operasi perniagaan SMS.
  • Antara topik yang akan disentuh di dalam Bahagian #2 adalah :
    • Isu 1 : Konsep Transaksi dan Caj SMS
      • Pihak yang terlibat dalam transaksi SMS
      • Mengenakan caj
      • Transaksi SMS yang tidak berjaya
      • Pembahagian Keuntungan
      • Aliran dan proses menerima bayaran
    • Isu 2 : Memilih Perkhidmatan Gateway SMS
      • Siapa Gateway SMS dan apakah kod 5 digit SMS
      • Kelebihan melanggan perkhidmatan Gateway SMS
      • Syarikat yang menyediakan perkhidmatan
      • Kemudahan yang diberikan
      • Langkah-langkah melanggan
      • Wang jualan daripada Gateway SMS dan syarikat telekomunikasi
    • Isu 3 : Pengiklanan Perkhidmatan SMS
      • Promosi melalui internet
      • Promosi melalui SMS
      • Promosi melalui iklan bercetak
      • Promosi melalui iklan televisyen
      • Promosi melalui iklan radio
    • Isu 4 : Pengurusan dan Operasi Pelanggan
      • Pelan khidmat sokongan pelanggan
      • Nombor telefon hotline
      • Aduan email dan faks
      • Menggunakan SMS Alert
      • Menyediakan buku log laporan
    • Isu 5 : Modal dan Merancang Kewangan
      • Membuat unjuran jualan dan pendapatan
  • Apabila selesai membaca Bahagian #2 buku ini, anda anda memahami :
    • Pihak yang terlibat dalam transaksi SMS, mengenakan caj kepada pelanggan, menangani transaksi yang tidak berjaya, pembahagian keuntungan, aliran dan proses penerimaan pembayaran
    • Kelebihan melanggan perkhidmatan gateway SMS,syarikat yang menyediakan perkhidmatan Gateway SMS, kemudahan yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan, kriteria pemilihan, langkah melanggan perkhidmatan, wang jualan dan gateway dan telco
    • Pengiklanan perniagaan SMS melalui internet, SMS, radio, televisyen dan media cetak
    • Pengurusan dan operasi perniagaan, pelan khidmat sokongan pelanggan, telefon hotline, aduan email dan faks, SMS alert dan menyediakan buku log laporan
    • Membuat unjuran jualan dan pendapatan
bl
br
 


7 Fakta Keistimewaan
Buku Bisnes SMS Cara Pantas



Fakta #1. Satu-satunya Rujukan Lengkap Bisnes SMS

 

Tidak ada buku rujukan lain mengenai perniagaan SMS yang boleh anda perolehi dari mana-mana penerbit atau kedai buku di Malaysia. Buku ini adalah satu-satunya rujukan yang lengkap yang pernah ditulis.

Fakta #2. Ditulis Oleh Penulis Prolifik, Guru SMS Malaysia

 

Sepanjang 3 tahun yang lalu, Irwan Dahnil telah menulis 2 buah buku mengenai SMS dan 4 ebook di bawah topik SMS. Beliau yang dikenali sebagai guru SMS Malaysia akan menerbitkan buku SMS yang ketiga dalam tahun 2009.

 

 

Fakta #3. Mudah Difahami, Gaya Penulisan Usahawan

 

Penulisan dalam buku ini adalah 'straight-forward' tanpa memasukkan sebarang bahasa yang susah untuk difahami. Penerangannya adalah jelas dan mudah. Ia ibarat penyampaian dalam bahasa yang mudah dari seorang usahawan kepada usahawan yang lain.

 

 

Fakta #4. Setebal 134 Halaman Padat

 

Penulisan adalah garapan dari pengalaman selama 6 tahun terlibat dengan industri SMS. Setiap laman yang ditulis menyampaikan informasi yang padat yang perlu diambil perhatian oleh pembaca. Ia juga menunjukkan langkah demi langkah yang perlu dilakukan dapat menceburi perniagaan SMS. 

 

Fakta #5. Hands On,  Langkah Demi Langkah

 

Buku ini dihuraikan dalam bentuk langkah demi langkah mengikut aplikasi. Setiap aplikasi pula akan ditunjukkan secara gambarajah penggunaan sistem. Anda tidak perlu membaca buku ini sehingga selesai apabila anda boleh terus mencuba dan mempraktikkan mengikut langkah yang ditunjukkan.

 

Fakta #6. Merangkumi 7 Aplikasi dalam 7 Hari

 

Buku ini merangkami 7 aplikasi yang pernah anda saksikan atau alami. Dengan latihan 1 aplikasi 1 hari, anda akan menguasai ketujuh-tujuh aplikasi hanya dalam 7 hari!

 


Fakta #7. Tidak Perlu Baca Sehingga Selesai Untuk Praktikal

 

Anda tidak perlu membaca buku ini sehingga selesai. Setiap contoh diberikan mengikut bab secara berasingan membolehkan anda mengikuti langkah demonstrasi secara terus tanpa perlu membaca seluruh bab.



Testimonial Dari Pembaca & rakan Niaga


Testimonial #1

"Speechless....

Can I say purrfect? :)

Very, very interesting.

Just Brilliant!"

Sabri - Sifu Pemasaran Internet
www.saifulsham.com

Testimonial #2


“ Tahniah dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Saudara Irwan kerana dengan terbitnya E-Book beliau maka saya tidak lagi menggunakan handphone saya hanya untuk menghabiskan duit sebaliknya menukarkannya kepada salah satu sumber pendapatan saya.

Ebook “Rahsia Buat Duit Dengan SMS” merupakan satu pendedahan kepada umum tentang rahsia buat duit dengan SMS yang telah menjadi tradisi rancangan-rancangan seperti  Malaysian Idol, Akademi Fantasi, Mentor dan sebagainya. Kini anda juga boleh membuat duit dengan SMS seperti mereka.” 

Zhafran – eCoverStudios.com
Usahawan Internet & Pereka Bentuk Grafik

Testimonial #3


Maklumat yang tersusun dan memudahkan mereka yang ingin menjalankan perniagaan SMS. Langkah satu per satu memudahkan mereka yang berminat untuk menggunakan SMS sebagai medium pemasaran yang efektif.

Hishamuddin Amin
Aspati Sdn Bhd

Testimonial #4

Hafiz


Apabila membaca surat khabar, saya sering tertanya-tanya bagaimana iklan-iklan ringtones ini dapat bertahan lama, malahan setiap hari ada sahaja iklan SMS. Yang dahsyatnya ada keluar TV setiap hari! Besar betul modal mereka ini.

Selepas saya mendapatkan e-book Rahsia Buat Duit Dengan SMS, barulah saya tahu betapa beruntungnya buat duit dengan SMS ni. Barulah saya tahu apa itu telco, penyedia kandungan, Gateway SMS. Penerangan yang begitu jelas bagaimana buat duit dengan SMS!

Tahniah diucapkan kepada Irwan!

Hafiz Latib
Malaysiapal.com



Ya! Saya Mahukan Buku Ini Sekarang
Klik Pada Imej Dibawah


arrow  arrow  arrow

BuyNow!


Tawaran Pakej Terhad


Pembelian Melalui Internet Sahaja!


Saya hanya menawarkan pakej pembelian melalui internet dengan promosi terhad. Pakej ini tidak boleh didapati di kedai-kedai buku, tetapi terhad kepada pembeli yang membeli melalui laman web Akademisms.com sahaja. Anda boleh memilih pakej Asas, Pakej Combo atau Pakej Eksklusif yang ditawarkan seperti dibawah :

 

Pakej Asas

Pakej Combo

Pakej Eksklusif

BSMS

Combo Eksklusif

BuyBook

BuyBook

BuyBook

RM35.00 sahaja! 

Kandungan Pakej Asas :

Senaskah Buku Bisnes SMS Cara Pantas

 

RM65.00 sahaja! 

Kandungan Pakej Combo :

Senaskah Buku Bisnes SMS Cara Pantas beserta tambahan di bawah :

RM117.00 sahaja! 

Kandungan Pakej Eksklusif :

Senaskah Buku Bisnes SMS Cara Pantas beserta tambahan bonus seperti dibawah :

 

+ +

Senaskah Buku Buat Duit Dengan SMS
Bonus #1
Kupon RM47 Diskaun Seminar SMS

+

Bonus #2
CD ROM Video Kompilasi 
Aplikasi Perniagaan SMS

+

Bonus #3
Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS 
versi 1.5

+
Bonus #4
Aplikasi SMS Broadcast
+
Bonus #5
Laporan Perniagaan VCD Tapa Menggunakan SMS
+
Bonus #6
Senaskah Buku Buat Duit Dengan SMS



Istimewa Untuk Pakej Eksklusif Sahaja
Bonus Percuma Bernilai RM488

tl
tr

Bonus #1 : Kupon Seminar SMS bernilai RM47    

kupon

Seminar julung-julung kali ini telah diadakan di Residence Hotel, Kuala Lumpur. Pada awalnya saya bercadang untuk memberikan seminar ini secara PERCUMA tetapi saya rasa tentunya ramai yang tidak menghargainya. Saya bertegas sedikit dengan hanya menjemput pelanggan-pelanggan AkademiSMS.com sahaja untuk seminar ini.

Oleh itu saya tawarkan potongan harga pendaftaran sebanyak RM47 dari harga sebenar seminar.  

Mengapa saya begitu 'kedekut' untuk menjemput anda menyertai seminar ini ? Kerana saya mahu peserta yang hadir adalah peserta yang serius dan benar-benar mahu berjaya. 

Bonus #2 : CD-ROM Video Kompilasi Aplikasi SMS Bernilai RM220

Video

Video ini akan diberikan kepada anda apabila membeli Buku Buat Duit Dengan SMS. Video ini adalah eksklusif dan tidak boleh di dapati dimana-mana dan disimpan di dalam video yang akan dibekalkan bersama dengan buku.


Video Preview SMS Voting

Terdapat 5 video aplikasi utama yang ditunjukkan didalam video ini iaitu video SM Voting, SMS IOD, SMS Contest, SMS Subscribe dan SMS Page.

Video ini dapat memberikan anda pemahaman yang lebih lanjut bagaimana sesuatu perniagaan SMS itu dikonfigurasikan dan bagaimana ia diselenggarakan. Ini termasuk bagaimana untuk mengubah profile, mengubah maklumat bank, membuat setting terhadap keyword dan meletakkan caj setiap SMS.

Bonus #3 : Ebook Rahsia Buat Duit Dengan SMS Bernilai RM47

ebookEbook ini telah diterbitkan sejak November 2006, 'meletup' dan menggegarkan industri internet ketika itu. Ebook ini telah berjaya membuka mata ramai pembaca mengenai potensi perniagaan SMS yang menjadi semakin popular.

Bermula November 2007, ebook ini tidak lagi ditawarkan atau dijual dan sedang dikemaskinikan.

Ebook ini akan diberikan dalam versi digital format PDF bagi memudahkan anda membaca. Ebook ini akan menambah pemahaman anda dalam perniagaan dan pemasaran SMS.

 

Bonus #4 : Aplikasi SMS Broadcast bernilai RM187

SMS Broadcast adalah satu aplikasi web-based yang membolehkan anda menghantar SMS promosi kepada pelanggan anda. Ibarat seperti aplikasi email, SMS Broadcast mempunyai antaramuka yang membolehkan anda menghantar SMS kepada sama ada individu atau sekumpulan penerima. Anda juga boleh menghantar SMS berjadual (scheduled SMS). 

Produk ini istimewa untuk anda dan anda boleh gunakan selama 3 BULAN secara PERCUMA! Bukan itu sahaja. Saya berikan juga KREDIT SMS PERCUMA untuk anda menghantar SMS kepada bakal pelanggan anda.  

Kelebihan SMS Broadcast

YesHantar SMS tanpa penerima mengetahui nombor identiti penghantar
YesSMS Sending Control Panel untuk penghantar SMS melalui web
YesHarga SMS yang murah. Serendah 11 sen* sahaja!
YesHantar SMS tanpa penerima mengetahui nombor identiti penghantar
YesKredit SMS PERCUMA untuk anda.

 

Bonus #5 : Laporan Perniagaan VCD Tapa Melalui SMS bernilai RM47


Laporan khas ini merupakan rahsia besar perniagaan rakan karib saya. En Tapa telah beberapa tahun menggunakan SMS sebagai alat untuk beliau menjana lebih ramai prospek untuk membeli produk VCD beliau.

Beliau sebenarnya rasa keberatan untuk berkongsi rahsia perniagaan ini (maklumlah akan ada ramai lagi orang yang akan meniru cara beliau berniaga), tetapi saya telah yakinkan beliau bahawa maklumat yang dikongsi akan lebih memberi manfaat kepada pembaca.

Saya sangat menghormati En. Tapa kerana beliau antara usahawan yang berjaya meningkatkan jualan perniagaan beliau dari 800 pelanggan menjadi 8,000 prospek pelanggan! Beliau juga sehingga kini masih mampu untuk membeli iklan di akhbar utama seperti Utusan Malaysia dengan harga RM2,500 sehari hanya dengan menggunakan 'formula' perniagaan SMS ini.

Bagaimana En. Tapa lakukannya ? Anda ingin tahu?

Bonus #6 : Buku Buat Duit Dengan SMS Bernilai RM39.90


bddsBuku ini adalah buku pertama terbitan Truewealth yang diterbitkan pada tahun 2007. Buku ini lebih bersifat teori dengan menghuraikan konsep dan senario asas perniagaan SMS.

Berbeza dengan Buku Bisnes SMS Cara Pantas, buku Buat Duit Dengan SMS adalah bersifat teori tetapi sangat berguna sekiranya anda adalah individu yang sangat baru dalam perniagaan SMS.

bl
br

Jaminan 100% Padat & Berguna

Saya percaya buku ini adalah buku yang paling sesuai, padat dengan informasi dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

guaranteeSetiap orang yang telah membaca buku ini telah meneroka banyak maklumat baru diluar jangkaan dan memahami satu persatu teknik dan tips yang berjuga dalam buku ini. 

Bagaimanapun saya juga menyedari bahawa buku ini mungkin bukan sesuai untuk semua, dan oleh itu saya menawarkan jaminan wang dikembalikan semula 100%

Ini bermakna, sekiranya anda tidak berpuas hati dengan buku ini, kembalikan buku ini dalam keadaan sempurna seperti anda perolehi beserta resit dalam masa 90 hari, dan saya akan memulangkan 100% wang yang telah anda bayar! 

Ya! Saya Mahukan Buku Ini Sekarang
Klik Pada Imej Dibawah


arrow  arrow  arrow

BuyNow

Oleh itu, tiada risiko bagi anda. Walaupun wang anda saya akan kembalikan, anda boleh simpan maklumat dan ilmu yang telah saya kongsikan di dalam buku tersebut sebagai cara untuk saya mengucapkan 'Terima Kasih" !. 

Salam Usahawan!

Irwan Dahnil
Penulis, Jurulatih and Perunding
Pemasaran Internet & SMS

P/S: Ia adalah sebuah buku dan bukannya ebook. Buku ini akan diposkan ke alamat anda.

P/S: Pakej yang saya tawarkan adalah terhad dan untuk masa tertentu sahaja. 

    


logo
Hak Cipta Terpelihara Akademisms.com 2006-2009
Sebarang surat menyurat, sila alamatkan kepada
 

Akademisms.com d/a Richmentech (M) Sdn Bhd
43-3-2, Jalan Puteri 4/1, Boulevard 1, Bandar Puteri
47100 Puchong Selangor
topnav