Sejak beberapa tahun lepas, URL Akademisms.com sering muncul sebagai pilihan ranking utama dalam laman carian seperti Google. Dapat dikenalpasti, kebanyakannya mencari maklumat berkaitan dengan skim, program dan bentuk perniagaan SMS di internet.
Sekarang ini perniagaan yang melibatkan SMS sangat menggebu-gebu dipasaran. SMS mula menjadi salah satu produk digital dan mempunyai margin keuntungan yang agak mewah berbanding produk fizikal yang lain. Dari sudut yang positif, pemasaran SMS dan juga produk-produk yang berkaitan dengan SMS mula difahami, diterima dan cuba di aplikasikan.
Sistem ini mula dijual secara meluas dengan pelbagai model perniagaan. Ada yang melalui jualan terus, ada yang secara agen dan juga secara pemasaran pelbagai peringkat (MLM).
Oleh itu sebarang ulasan mengenai produk dan model perniagaan tersebut yang dilakukan oleh Akademisms.com akan diambil sebagai menyokong sebarang produk atau program pemasaran. Maka ada baiknya, Akademisms berdiam terlebih dahulu untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak. Akademisms.com cuba untuk tidak mempengaruhi pembaca dengan ulasan yang mungkin tidak tepat mengenai sesuatu skim perniagaan SMS.
Moga mendapat penjelasan.