Awas! Perkhidmatan Bukan Dari Kami..
Tuesday, December 25, 2007 10:43Salam Sejahtera,
Minggu lalu saya ada menerima rungutan dari ‘pelanggan’ yang menyatakan bahawa mereka telah membuat sejumlah pembayaran tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang produk yang ditempah dari Akademisms.com.
Pelanggan tersebut telah menerima satu surat alamat sendiri, dari pihak yang tidak diketahui untuk memesan buku Buat Duit Dengan SMS beserta beberapa CD dan bahan yang lain dengan kos RM150. Dalam surat tersebut mengkehendaki pelanggan menghantar wang pos menggunakan pos ekspres atau pos laju ke alamat yang dinyatakan.
Setelah diselidiki, kami dapati produk akademisms.com (buku, manual, ebook) bukan diselaraskan atau dijual oleh pihak Akademisms.com. Bahkan pelanggan tadi dikenakan caj yang jauh lebih mahal dari apa yang akademisms.com tawarkan.!
Pengumuman! Pihak Akademisms.com tidak pernah melantik sebarang agen atau wakil jualan. Oleh itu, kami tidak menjamin sebarang produk yang dijanjikan dihantar kepada anda sekiranya anda membeli dari ‘wakil jualan’ kami. Pihak saya ataupun Akademisms.com tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan memberi sebarang jaminan produk dan pulangan wang semula terhadap setiap pembelian dari sumber yang tidak diketahui kesahihannya melainkan maklumat seperti yang kami nyatakan di laman web Akademisms.com seperti yang dimaklumkan di dalam laman web.
Oleh itu, saya ingin memberi peringatan kepada anda yang ingin mendapat produk dan perkhidmatan Akademisms.com agar mendapatkan dari sumber yang sah. Anda perlu memeriksa bahawa setiap tawaran yang diterima mempunyai maklumat seperti berikut :
1. Kami mempunyai 2 alamat, iaitu Bandar Puteri Puchong dan Medan Mara Kuala Lumpur. Selain dari itu, anda perlu berasa was-was dari setiap tawaran. Selain dari alamat tersebut, itu BUKAN dari kami.
2. Hubungi hotline 013 2295944 sekiranya anda berasa was-was.
Saya sedang menguruskan beberapa langkah untuk melindungi Akademisms.com, termasuklah tindakan undang-undang. Saya perlu lebih serius dalam menangani sebarang bentuk penipuan (sekiranya berlaku) dan juga jenayah harta intelek. Saya harap anda berhati-hati dengan golongan semacam ini.
Ulat-ulat begini harus diajar!
p/s : Dulu ebook saya kene plagiat, saya tak melenting sangat. Tapi kalau kami dipertanggungjawabkan atas kelakuan orang lain, saya melenting!
p/s/s : Bengang sebenarnya ni…




salaam says:
December 25th, 2007 at 3:08 pm
saya selaku bekas peserta akademisms menyokong penuh tindakan
undang-2 di ambil terhadap pelaku yang tak ada etika langsung lakukan kerja-kerja seperti ini.
Encik Dlie says:
December 26th, 2007 at 6:09 am
Ada juga “ulat” yang ambil kesempatan ni yer.. kurang guler betul…
Sabri SaifulSham says:
December 26th, 2007 at 1:12 pm
Hoo… Memang patut bengang. Ada juga orang yang buat macam ni ya…
apiz79 says:
December 26th, 2007 at 2:03 pm
Saya selaku pembeli buku SMS anda syorkan kepada en.Irwan sila rujuk artikel kt bwh ni utk perhatian anda
Akta Hak Cipta 1987 perisai kerjaya penulis bebas
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
AzamWahid` says:
December 26th, 2007 at 6:43 pm
Hi semua.
ish, ish, ish… ada juga manusia binatang ni ya! sedap-sedap je ceduk periuk nasi orang! ni mesti tak abis blaja ni! kurang ajar btul!
kesian Sifu…
ish, ish, ish… cobaan…
PS: marah gak ni!
PPS: lempang je kalu jumpa! (jarang sekali saya marah sebegini. sebab Sifu Irwan adalah Sifu saya!). lempang double!
irwan.dahnil says:
December 26th, 2007 at 7:45 pm
Saya rasa dah ramai gak kene macam ni, cuma tiada langkah yang betul2 beri pengajaran…
Mungkin sebab orang pandang remeh, jadi tak bawak ke mana…
hanep says:
December 28th, 2007 at 3:19 am
lol: ada gak manusia mcm tu..
tapi stakat ni mmg ramai pun yang suka buat camni, bukan orang lain pn, melayu kita gak.. sampaikan ebook usahawan-usahawan kita pn ramai kene plagiat, diedar sana sini..
1 je yang saya boleh bagi cadangan; pihak akedemisms / sape2 btanggungjwb pantau la aktiviti-aktiviti masing2 slalu kat google search., asal jumpa je, siap la mamat tu naik court.. xde kemaafan dah, da terlalu ramai orang kita buat macam ni..
ajacx says:
January 16th, 2008 at 2:22 pm
x dapat trace ke sape yg wat kerja cmtu? kuang aja tol2 !!!
irwan.dahnil says:
January 16th, 2008 at 8:52 pm
Dapat trace.. dia pun dah mintak maaf. Tapi kes mcm ni kerap sangat jadi.. lepas satu, satu