Selamat Tahun Baru 2008 | Video Teaser Akademi SMS

Sunday, December 30, 2007 7:59
Posted in category Akademisms.TV, Berita SMS

Salam Sejahtera,Sebagai usahawan, masa sangat penting. Mungkin istilah ‘Masa Adalah Emas’ sudah kurang sesuai. Mungkin platinum agaknya. Masa adalah penentu jatuh bangun perniagaan.

Terasa betul cepat masa berlalu. Pejam celik, beberapa jam lagi akan masuk pula ke tahun 2008.

Adakah azam tahun 2007 saya tercapai ?

Alhamdulillah. Lebih dari yang saya jangkakan :

1. Buku Buat Duit Dengan SMS dengan jayanya diterbitkan.

2. Manual Pemasaran SMS selesai disiapkan.

3. Ebook Formula Bisnes SMS Untuk Beginner! dilancarkan.

4. Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS berjaya dianjurkan. Pengumuman! : Seminar pada bulan Januari telah dibuka. Daftar segera!

5. Workshop Praktikal Bisnes SMS berjaya dilaksanakan.

Itu beberapa matlamat besar yang berjaya dilaksanakan. Tidak termasuk beberapa kejayaan kecil dan juga business network yang terbuka selepas itu seperti berjumpa dengan beberapa orang sahabat yang cukup baik hati. Terima kasih Dr Irfan Khairi, Sdra Azizi Ali, Pn Waheeda Puthra, En Azli Paat dan juga beberapa organisasi seperti MARA yang telah banyak membantu merealisasikan matlamat 2007.

Ada juga beberapa matlamat 2007 yang saya akan bawa ke 2008, kerana kesesuaian masa. Insyallah, 2008 saya bertekad untuk :

” Menjadikan Akademi SMS sebagai medium paling berjaya, berkesan dan paling popular untuk usahawan menceburkan diri dalam perniagaan SMS “

” Menjadikan budaya kerja dari rumah ( dan menghasilkan $$) adalah konsep yang berjaya dan diterima pakai. Bukan hanya untuk ibu-ibu dan surirumah, bapa dan suami pun sepatutnya boleh! “

Selain itu, saya mempunyai beberapa matlamat lain yang akan saya lakukan.

Dengan usaha keras dan doa dari anda, saya rasa tidak mustahil untuk mencapai matlamat tersebut.

Saya akan mulakan tahun baru 2008 dengan sedikit ‘teaser’ pembaca blog saya.

Anda boleh saksikan video teaser yang saya hasilkan sendiri. Video ini merupakan wrap up dalam projek Akademisms.com. Ini merupakan satu lagi pencapaian yang saya sangat suka dan teruja. Owh lupa, sebenarnya memang hobi saya dalam bidang video dan photography :)

You need to have flashplayer enabled to watch this Google video

Ini pun salah satu matlamat 2007 saya untuk meningkatkan kemahiran video production. Inilah matlamat terakhir 2007.
Alhamdulillah sudah tercapai!

Bagaimana dengan Matlamat 2008 anda ? Sudahkah anda menulisnya ? Dan merancang bagaimana untuk mencapainya?

p/s : Matlamat perlu ditulis. Sebaik2nya dengan tulisan tangan. Kemudian rancangkan langkah2 untuk mencapai matlamat tersebut. Mesti Buat! Takut2 jadi angan-angan sahaja…

Selamat Tahun Baru 2008. Semoga tahun baru membawa kemakmuran kepada anda.

You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Selamat Tahun Baru 2008 | Video Teaser Akademi SMS”

  1. Fai says:

    December 30th, 2007 at 8:04 pm

    Wah.. Tahniah! Sebab dah mencapai azam2 yg cukup ekstrim tu.. ;) Saya tahun ni baru ekstrim skit.. :)
    Good luck abg Irwan.. :)
    PS: Saya suka perumpamaan yang saya dengar di sekolah.. “Masa itu Adalah Kehidupan”.. Jika masa diuruskan dengan baik, maka kehidupan kita akan berjaya diuruskan dengan baik.. Jika masa tidak diuruskan dengan baik maka kehidupan juga tidak akan diuruskan dengan baik.. :)

  2. irwan.dahnil says:

    December 30th, 2007 at 11:30 pm

    Good luck to you olso Fai.. Hope to see you go further.. :)

  3. Encik Dlie says:

    December 31st, 2007 at 6:01 am

    Good luck.. video tu agak menarik.. kalau iklan kat TV.. mesti best… boleh dapat prospek yang lebih ramai..

  4. Helmi Hakim says:

    January 2nd, 2008 at 5:45 am

    Wow….Your video looks great. :) What software do you use to create the video?

    hahahah…manalah tahu, in the future, u boleh jadi pakar video marketing, dan lepas tu ajar kita semua :)

  5. irwan.dahnil says:

    January 2nd, 2008 at 7:23 am

    Encik Dlie : Jadi celebrity TV la pula nanti :) Good idea.. Boleh send a copy kat penerbit nanti.. heheh

    Helmi Hakim : I use Sony Vegas 7.0. The software mean for video editing. Some other software maybe can try is Ulead Video Studio. Saya tak pernah guna lagi tapi dengar kata lebih mudah untuk digunakan.

  6. che-mie says:

    January 1st, 2009 at 3:03 pm

    selamat tahun baru 2009

    semoga sukses suskses

Leave a Reply