Apa Yang Silapnya - Lagi Cerita MIRSB

Monday, July 21, 2008 3:53

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

Seperti yang saya jangkakan, saya akan dihujani dengan email yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan cerita MIRSB saya pada minggu lalu. Tidak kurang juga yang menghantar email kepada saya, meminta pandangan bagaimana ingin menyelesaikan masalah mereka yang telah terjebak dengan membeli sistem MIRSB…

Sekiranya anda belum membaca post sebelum ini mengenai MIRSB, sila klik di sini.

Telah saya katakan saya bukan ingin menjadi ‘hero’ sangat dalam hal ini. Kalau betul2 saya nak jadi hero, banyak lagi saluran yang lebih baik, beretika dan berautoriti untuk saya sampaikan ketidakpuashatian orang ramai. Banyak lagi badan dan pihak berwajib yang lebih arif dalam selok belok hak pengguna dan kepenggunaan.

Saya cuma melihat dari perspektif usahawan. Dan tidak lebih dari itu. Saya hanya berkongsi, anda tidak bersetuju dengan saya tidak mengapa. Mungkin kupasan hari ini lebih memberikan gambaran kepada anda :

****************************************

Apa Yang Silapnya Tentang MIRSB ?

Seperti yang saya catatkan dalam post yang lepas, MIRSB tentunya bergembira dengan kejayaan kempen pemasaran mereka. Iklan satu halaman penuh telah berjaya menarik perhatian ratusan (mungkin juga ribuan) pembaca untuk menghadiri seminar mereka.

Mengapa saya boleh andaikan begitu ? Sekitar 30 - 70 orang menghadiri seminar MIRSB. Seminar percuma pula tu.. Tentulah ramai yang datang.

Modus operasi adalah mudah. Dengan memberi seminar selama 2 jam secara percuma, ia akan menggalakkan lebih ramai orang hadir. Lebih ramai orang yang hadir, potensi untuk orang membeli produknya lebih tinggi. MIRSB bergerak secara berkumpulan dengan melantik speaker untuk bercakap bagi pihak MIRSB. Setiap speaker akan dibantu oleh oleh pasukan yang fokus kepada jualan.

Setakat yang saya kongsikan ini, MIRSB tidak salah apa-apa. Everything goes smooth. Tiada unsur penipuan.

Tetapi apa yang berlaku seterusnya, mula meruntuhkan kredibiliti MIRSB dalam menjalankan perniagaan SMS. Maka bermulalah episod dimana orang katakan MIRSB ini penipu!

1. Seminar tersebut boleh dikatakan bukan seminar. Ia lebih kepada product awareness. Ia selayaknya dipanggil taklimat potensi perniagaan SMS. Itu pun hanya dilakukan dalam masa 45 minit ke 1 jam sahaja. Selebihnya adalah sesi menjual produk SMS yang akan saya terangkan. Seminar apa yang hanya 1 jam ?

2. Dalam seminar, pihak MIRSB mengetepikan isu-isu yang penting seperti halangan spam oleh kerajaan. Berkeras menyatakan SPAM itu dibenarkan dengan cara yang betul! Kalau hukum dunia pun dilanggar, saya boleh buat kesimpulan tentunya hukum halal haram tidak disentuh langsung ketika seminar.

3.Seminar @ taklimat disampai oleh perucap yang dikatakan bakal jutawan 2008! :) Geli hati saya. Bukan saya menidakkan prospek kejutawanan beliau, cuma saya berani dan cukup yakin yang beliau ini tidak pernah mengelolakan sebuah perniagaan SMS. Tak payah lah kita cakap perniagaan SMS yang bersaiz besar korporat, peraduan SMS pun belum tentu pernah buat. Jadi ia tidak menghairankan saya kenapa beliau nampaknya tidak tahu selok belok dan realiti perniagaan SMS!

4. Menjanjikan kejutawanan dalam masa 3 bulan selepas bermula perniagaan SMS. Ini fakta yang cukup meyakinkan saya yang beliau tidak tahu bahawa pembayaran pertama hanya datang dari telco pada 2 hingga 3 bulan selepas bermula. Lainlah dia pakai duit poket dia sendiri, tapi fakta pembayaran yang lewat dari telco memang perkara yang wajib tahu oleh usahawan SMS.

5. Tidak memberikan masa yang secukupnya bagi peserta untuk menilai potensi, risiko dan modal perniagaan SMS. Peserta tak sempat nak berfikir baik buruk. Keputusan sama ada ingin beli atau tidak dibuat selepas seminar. Siapalah yang dapat berfikir sewarasnya dalam keadaan macam tu? Mungkin salahnya ada pada orang yang hadir juga. Nak cepat kaya! No pain, no gain lah konon..

6. Seminar bukan menceritakan tentang potensi perniagaan SMS dan yang berkaitan (seperti profit sharing, memilih gateway, teknik dan tips SMS) sebaliknya khusus kepada konsep reselling product. Ini bermakna bila dah beli produk, ahli boleh memilih untuk menjual balik produk tersebut (reseller right).. Di akhirnya orang yang membeli produk tak tahu pun nak buat ape dengan sistem SMS tu.. Terkebil2 je lah tengok sistem tu tatau nak buat ape…

Saya ingin nyatakan disini, maklumat diatas dikumpulkan selepas mendengar rintihan daripada mereka yang pernah menghadiri seminar @ taklimat tersebut. Tiada bukti yang saya rakamkan, anda bebas untuk mempercayainya atau tidak. Nanti takut saya pula yang jadi tukang fitnah!

Reality check :

Pemasaran memang cantik!

Perancangan media memang menarik!

Iklan memang mengagumkan!

Business model memang mantap!

Tapi…. content tidak asli…

Abes punah…

Saya dah cakap tadi. Saya bukan untuk memburukkan MIRSB. Saya cuma tengok dari perspektif usahawan SMS sahaja. Saya tidak pernah menyanggah harga sistem SMS yang dijual bermula dengan harga RM5K (dijual pada harga RM1K sahaja pada peserta seminar) kerana itu adalah teknik meletak harga masing2 (mungkin terpaksa letak mahal untuk beli iklan bersaiz halaman penuh yang berharga tinggi!). Itu adalah strategi MIRSB.

Memang betul, dalam strategi pemasaran mereka menceritakan potensi bagaimana duit itu boleh berganda kalau berjaya menjual produk. Tetapi SMS itu sendiri bukan satu produk statik macam jual beli gula-gula atau keropok lekor. SMS itu sendiri ada banyak elemen seperti memilih perniagaan, memilih produk, memilih aplikasi, menentukan gateway, mengira modal, membuat pengiklanan, dan juga 1001 ilmu perniagaan yang perlu dikuasai terlebih dahulu.

Itulah yang silapnya. Menjual produk SMS macam menjual gula-gula dan keropok lekor. Mana mungkin sama.

Tetapi akibat disamakan lah mewujudkan pelbagai masalah, persoalan, tak puas hati, marah-marah dan memburuk2kan perniagaan SMS.

Insyallah ada kelapangan saya akan buat catatan lagi tentang janji-janji yang ditabur MIRSB. Harap2 siapa yang terbaca tidak terguris jiwa. Ini adalah fakta sebab pelbagai pihak terlibat termasuklah pihak polis!

Jeng-jeng-jeng…… :)
****************************************

Malas sebenarnya saya nak cerita tentang hal ini. Nanti orang kata buat musuh pula. Atas tanggungjawab.

“A strong man will defend himself, stronger will defend others “ :)

Saya pun agak sibuk dengan menyiapkan manuskrip terakhir untuk buku SMS saya yang kedua.. Opss.. Masih lagi misteri :) Sabtu ini pula pada 26 Julai akan diadakan Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS di Quality Hotel. Seminar sehari tau! Siapa yang belum mendaftar, cecepat lah daftar, sebab saya rasa seminar ini mungkin yang terakhir kot buat tahun ini. Daftar disini.
Jumpa lagi

You can leave a response, or trackback from your own site.

22 Responses to “Apa Yang Silapnya - Lagi Cerita MIRSB”

  1. Maizul says:

    July 21st, 2008 at 5:47 pm

    Bagus juga En. Irwan berikan maklumat ni. bukan niat nak bermusuhan dengan MIRSB tapi memang betul pun dah orang kata salah buat spam nak bagi jugak pelanggan dengan software spam tu.

  2. sham says:

    July 23rd, 2008 at 11:54 am

    Dengar cite Puan nora pun dah blah dari MIRSB..dah terkontang kanting dah sekarang tu..dah berpecah kepada beberapa syarikat NNR & etc. Syarikat diorang ada Resources la kat nama syarikat tu..

  3. irwan.dahnil says:

    July 23rd, 2008 at 1:38 pm

    :O Betui ka sham.. ? Astagfirullah.. Kalau betul memang aniaya betul…

  4. Abdul Rashid Basar says:

    July 23rd, 2008 at 5:27 pm

    Pada pendapat saya jika sesuatu program itu menjanjikan pendapatan yang berjuta dalam tempoh singkat, berhati-hatilah sebelum menyertainya. Bukan tujuan saya mengatakan MIRSB ini tidak betul tetapi sekadar memberi pendapat bahawa berfikir akan akibatnya adalah lebih baik daripada terfikir setelah menerima akibatnya. Jika anda dijanjikan pendapatan berjuta ringgit dalam waktu singkat dan anda berjaya mendapatnya, itu adalah tuah anda dan bolehlah kongsikan ilmu anda dengan saya……..ARB Dagang

  5. Thinkerich says:

    July 29th, 2008 at 8:40 am

    Irwan,

    Saya setuju benar dengan pendapat dan penjelasan saudara, benarlah kata pepatah/peribahasa ;

    “Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam”

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  6. TH says:

    August 10th, 2008 at 10:55 am

    apapun, aku kesian pada mereka-mereka yang tak mahir bab PC, marketing dan internet ni. Memang lebur duit macam tu aje..

  7. ZY says:

    September 14th, 2008 at 12:37 am

    Irwan, adakah produk yg dibeli drpd MIRSB tu langsung tak boleh digunakan?
    Atau..masih ada jalan untuk mendapatkan balik modal mereka semula?

  8. nouxxer says:

    September 17th, 2008 at 12:20 am

    Saya terpanggil sangat untuk bertanya mengenai bagaimana mendapatkan kembali modal yg telah lebur seperti yg zy persoalkan..saya sendiri telah pergi bersama kawan yang begitu beria2 untuk melabur dalam produk mirsb ini..sebagai seorang bekas pelajar it sedikit sebanyak tentang risiko keberkesanan produk ini begitu tidak menyenangkan hati saya bila mendengar ceramah tersebut..tapi memandangkan keyakinan kawan saya yang tinggi menyertai saya diamkan sahaja rasa tersebut..Seperti yang ramai sedia maklum produk tersebut yang menserabutkan pembeli2 produk tersebut..sgt mendukacitakan apabila saya menemankan kawan saya ke bengkel 2 hari setelah pembayaran produk puluhan ribu ringgit, sistem yang dikatakan mampu mengaut jutaan ringgit umpama sampah dengan error di sana-sini..saya hanya mampu diamkan diri melihat keseronokan orang ingin cepat kaya ini tidak dapat melihat risiko yang bakal mereka terima setelah mengorban puluhan ribu ringgit untuk sistem yang sudah pasti berisiko tinggi untuk dikembangkan..mengapa saya katkan sampah? nk register domain pun smp hari ini error bagaimana nk mulakan perniagaan??mirsb pun buat tak layan..kawan saya itu dah hantar aduan ke ttpm.kpdnhep.gov.my dan aduan.skmm.gov.my dan aduan nya telah ditolak..ini bermakna masalah mereka ini sgt besar..Diharap En Irwan dapat memberikan tips terbaik untuk mereka ini mendapatkan modal mereka..Mereka ini bukan nya orang2 yang kaya En Irwan nak upah peguam semua tu kalo pihak kpdnhep & skmm tolak mereka ini

  9. MUSNAHKAN MIRSB KEPARAT says:

    September 17th, 2008 at 1:39 pm

    DENGAN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…BAHAWASANYA MIRSB YG BARU KE, YANG LAME KE, YG APE TAH LAGI HARAMJADAH ASALKAN DARIPADA DORANG NIE DAN PRODUK2 KEPARAT MEREKA SKRG, DIAMBANG KEMUSNAHAN APABILA OPIZ THE MALL DAH DISITA..SAME JUGAK NGAN OPIZ KAT THE MINES WATERFRONT SANE..DGR CERITE SUME PEKERJA2 MEREKA TELAH BERHENTI KERJA KERANA TIDAK DIBAYAR GAJI 2BULAN DIMANA ORG2 ATASAN SEMUA MELARIKAN DIRI,MIRSB BANGSAT NIE LINGKUP ADALAH KERANA, SI APE JADAH ZUBIR NIE TELAH MENGGUNAKAN KESEMUA DUIT YG ADA UTK MELABUR DLM BISNES BIKEN FILEM DIER YG LAGI 1, DAN TELAH MENGALAMI KERUGIAN DIMANA HABIS KESEMUA DUIT2 MEREKA…DAN DGN BANGGA NYA AKU MEMBERITAHU…YG ENGKAO ORG SEMUA TELAH DITIPU BUTE2….BULAT2..HIDUP2…SYSYEM MEREKA TIDAK PERNAH WUJUD YG ADE ADALAH KATE2 KOSONG…OK LG 1, KORANG PERNAH TAK BERJUMPE ORG YG DAH JD JUTAWAN ATAUPUN YG JD SENANG LA, SEPERTI YG DIGEMBAR GEMBURKAN DISEBABKAN MENGGUNAKAN SYSTEM MEREKA…ADE X??? TAK ADA SORANG PUN, MALAH KESEMUA PELANGGAN YG TELAH MEMBELI HANYA MERASAKAN DIRI MEREKA ADALAH BODOH YG TELAH TERTIPU DIMANE MEMAKAI SYSTEM YG PENUH DGN ERROR RALAT BUG SANE SINI…YG KAYE ADALAH MEREKA YG BEKERJA UTK MENIPU KORANG SUME, YG KAYE ADALAH MEREKA YG BERUSAHA UTK MENIPU KORANG, MEREKA SUME NIE YG KAYE…JUTAWAN…HAHAH KESIAN BETUL AKU MELIHAT DIMANA ORG MELAYU MENJADIKAN BANGSA MELAYU SENDIRI MANGSA SEMATE2 MENGEJAR HARTA KEKAYAAN YG HARAM…LEBIH BAIK KORANG YG DAH TERTIPU, HENTIKAN KESEMUA PEMBELIAN KORANG, JGN DGR APA2 LAGI TENTANG PRODUK SIAL MIRSB NIE, APA YG KORANG SEMUA HARUS BUAT, ADALAH BERSATU, KUMPULKAN KESEMUA MEREKA YG TELAH TERTIPU, BWAT REPOT POLIS RAMAI, DGN SIDANG MEDIA, DAN SELEPAS ITU KORANG PEGI LA BWAT TINDAKAN UNDANG TERHADAP MEREKA NIE..MUSNAHKANLAH MIRSB DAN KUNCU2NYA DEMI BANGSA MELAYU… SILA HEBAHKAN KEPADA KAWAN2 ANDA SEMUA, AKU BUKAN MENGFITNAH, TETAPI INI ADALAH KENYATAAN, KENYATAAN YG HARUS DITERIMA,LGPUN, IKUT LOGIK AKAL LA, SESUATU BENDA YG BAIK DAN BAGUS KAN, XKAN LA MENDAPAT FEEDBACK YG SEBEGINI TERUK SEKALI DI INTERNET, KLAU KORANG SEARCH GOOGLE DGN KEYWORD, “MIRSB”, JENG JENG…..KORANG BOLEH TGK SENDIRI LA…..

    P/S - korang cube kire brape ramai org cine atau india yg ade beli produk dorang nie? hehehe kesian betul org melayu

  10. Hapuskan PENIPU!! says:

    September 18th, 2008 at 3:26 pm

    Simple beb, sesaper yang nak tuntut hak mereka, sila kontek peneraju kita.
    Ni khas bagi sesiapa yang nak tentang GRAND VIRTUAL RESOURCES (GVR) - http://www.grandvirtualresources.com
    call Norzi (leader dalam penuntut kembali hak dari GVR) 017-367 2878
    yang dari mana-mana lak yang dah tertipu ngan MIRSB, leh bergabung dengan leader ni juga. Kita usaha sama-sama benteras PENIPU!!!

  11. wirabayu says:

    October 17th, 2008 at 10:42 pm

    Salam,

    Thanks for the info.

    Tapi dah terlambat untuk kawan, pasal kawan dah kena tipu pon, dah beli produk diorang iaitu seemore. memang x leh wat pe pe pon. terkebil2 je tiap kali bukak website tu. tapi geng2 kawan dah nak buat tuntutan balik la

  12. cahaya says:

    November 6th, 2008 at 2:33 pm

    salam.,sebenarnya.,sistem boleh d guna pakai.,cuma masaalah pembeli ini adalah tecnical.,apa yg saya tahu.,web dieorang memang masaalah.,tapi apa yg di gembar gemburkan oleh norzie itu adalh masaalah tecnical die sendiri.,grandvirtualresouarces sendiri telah menggantikan nya.,kenapa nak serang grandvirtualresources?????ini tiada kene mengena pun dgn mereka.,saya rasa jganlah norzie bertindak memalukan diri sendiri..,,sbb dah x blh nak buat…,dah kehabisan idea..,x tau stategi marketing sms..pn norzie tu salahkn grandvirtualresources…,jgn lah nak tutup periuk nasi orng lain.,kerana saya pun salah seorang pembeli sisitem mereka.,tetapi blh pakai sehingga skg n alhamdulliah dah menjana pendapatan…untuk keluarga.JGN SALAH KAN LANTAI SEKIRANYA SENDIRI TDK TAHU CARA HENDAK MENARI.

  13. cahaya says:

    November 6th, 2008 at 2:59 pm

    JANGAN LAH KERANA MARAHKAN MIRSB.,SEMUA YG MEMBELI SISTEM PUN TERLIBAT DGN FITNAH2 INI.,ADA JUGA PEMBELI SISTEM DARI MIRSB SUDAH MENJANA PENDAPATAN.,RAMAI YG MEMBELI.,,YG BERJAYA CUMA MEREKA YG BENAR2 SABAR DAN PANDAI MEMBUAT MARKETING DAN ADA IDEA2 YG BAGUS BARU LAH BLH MENCAPAI PENDAPATAN..SAYA TIDAK SETUJU SAMA SEKALI APA YG ANDA CUBA LAKUKAN.,SEKIRANYA TDK BERPUAS HATI DGN SISITEM MEREKA.,CUBA DAPATKAN SALURAN YG BETUL.,BUKANLAH.,MENJATUHKAN SESAMA SENDIRI.,BUKAN APA SAYA CUMA PERTAHANKAN SAYA JUGA ADALAH SALAH SEORANG CUSTOMER MEREKA DGN MEMBELI SISTEM YG MURAH .,TAPI KEBERKESANAN NYA SEHINGGA SKG.,SAYA BERSAMA KELUARGA MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN….CUBA SEHINGGA BERJAYA JANGAN MUDAH MENGALAH…X PANDAI TECNICAL P BELAJAR HA…..CHAU…..

  14. MIRSB Tak Serik, Kini Maroon Online Pulak | Shamsuriyadi.com says:

    November 25th, 2008 at 6:37 pm

    [...] p/s:Saya nak tengok sejauh mana ia akan bertahan.Harap tak jadi mcm syarikat induk diorang iaitu MIRSB yang banyak buat silap sebelum ni. [...]

  15. Bunga says:

    December 1st, 2008 at 12:49 pm

    hai cahaya….
    saya pun minat nak melabur dalam mirsb ni. Tapi bila dah baca semua yg depa duk kata. boleh [ercaya ker sistem ni…. boleh cahaya contact saya…

  16. cahaya says:

    December 11th, 2008 at 10:30 am

    salam.,bunga.,mcmaner lah saya nak hubungi bunga ni…,no tel.,x der.,apapun bunba berikan email senang kita hubungi anda.apa yg saya boleh bantu insyaalah.,yg penting kita beri diri peluang bukan cari kesalahan n memburukkan orang kay…,chau………

  17. nuar says:

    February 2nd, 2009 at 3:12 pm

    askum.. bagi pendapat sy, atas diri sendiri semua 2.. sy tggu dari bln 6 sampai bulan 12 dan akhirnya dapat jgk hak saya. jangan mudah putus asa untuk claim hak kita. cuba hubungi gvr utk tuntuk hak kita.memang susah nak dapatkan kalau asyik dok rumah je. cube bersuara ckit. jgn mudah putus asa.

  18. sam says:

    March 28th, 2009 at 6:44 am

    nasib baik aku x tertipu dulu…..tp aku sekarang x tertipu lg……sbb aku dah dapat aper yang aku nak sekarang,,,,….TAK PAYAH LAAA. NAK CARI ORG……BISNES TU,BISNES NIE……PENING A JER…..DAPAT…ko tau x you tube ? hhhhhaaaaaa///macam macem mane aku buat duit dengn nya……click jer blog aku…..www.mesol.blogstarz.my
    check menu bisnes2 yer….!

  19. Melayu Boleh says:

    April 20th, 2009 at 8:22 pm

    This post help me a lot. My problem solved. Great effort and i appreciated that.

  20. puan ain says:

    July 17th, 2009 at 8:42 am

    Tuan/puan,

    pinjaman khas untuk kakitangan kerajaan.

    terbuka kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun
    semua kakitngan kerajaan persekutuan dan negeri
    gaji kasar minima rm650 sebulan,berumur 19-55thun
    potongan gaji melalui biro angkasa sahaja
    bayaran balik melalui potongan gaji tidak melebihi 60% dari pendapatan kasar.
    Tempoh pinjaman sehingga 15tahun.
    jumlah pinjaman sehingga rm150,000
    kelulusan segera.
    bermasalah dengan CTOS,CCRIS,SENARAI HITAM(BLACKLIST) oleh mana-mana Bank masih boleh meminjam tanpa penjamin.
    99% kakitangan kerajaan lulus loan.
    selepas 3 bulan pinjaman baru bayar balik bulanan.

    5.05% FLAT(2tahun)
    7.20% FLAT(3-12tahun)
    7.99% FLAT (13-15 tahun)

    Pinjaman ini adalah dari al-rajhi bank.

    Dokumen yang diperlukan:
    3 salinan I/C dan disahkan oleh majikan
    2 salinan slip gaji yang terbaru dan disahkan oleh majikan
    2 salinan slip gaji yang lepas.
    borang-borang dari koperasi lain (jika perlu)
    application form al-rajhi bank.

    Pinjaman Khas Kakitangan Swasta
    gaji kasar minima rm1500 sebulan,berumur 19-55thun
    potongan gaji melalui biro angkasa sahaja
    Tempoh pinjaman sehingga 5tahun.atau 7 tahun
    jumlah pinjaman sehingga rm100,000 tanpa penjamin
    kelulusan segera.
    berumur 21-60thun
    Tiada penalti yang dikenakan jika lambat bayar.
    diberi Rebet jika bayar awl pinjaman
    Jumlah pinjaman yang boleh dipohon sebanyak 5kali gaji basic termasuk alaun tetap anda.
    Pinjaman segera (2 hari dah approve)

    8.5%FLAT (2-5 tahun)
    8.99% FLAT(6-7tahun)

    Dokumen yang diperlukan:
    2 salinan I/C dan disahkan oleh majikan
    3 salinan slip gaji/ kontrak dan disahkan oleh majikan
    buku bank dari mana-mana bank dan disahkan.
    Application Form al-rajhi bank.

    untuk menyemak kelayakan, Sila hubungi saya dengan mengirim sms atau call sahaja di talian 019-2132858 dan sertakan maklumat berikut:

    Nama :
    Syarikat swsta atau kerajaan:
    No i/c:
    Gaji pokok + elaun tetap:
    Jumlah potongan dalam slip gaji:
    Pilihan jumlah pinjaman yang ingin dipohon:

    atau email penyata gaji anda yang terkini ke marketing_report@yahoo.com

    kami akan hubungi anda sejurus seleps info anda diterima paling lewat dalam masa 2 hari.

    PROGRAM FRIEND AND FAMILY

    -Program yang mana anda tak perlu bayar balik pinjaman bulanan anda dengan syarat anda perlu menjadi ahli AFF hanya bayar rm50 anda layak utk medapat ganjaran jika anda memperkenalkan org baru utk wat pinjaman dari al-rajhi bank.dimana setiap bulanbank akan beri anda ganjaran keatas usaha danpenghargaan al-rajhi kepada anda yang telah memperkanalkan rakan anda dengan al-rajhi.Tapi sebelum itu anda dikehendaki mendapatkan reference yang memperkenalkan anda.

    Nama perujuk:ain
    No kad perujuk aff :176649

    untuk lebih lanjut lagi boleh hubungi saya…

    best regards,

    puan ann nur ain
    Marketing_report@yahoo.com
    Reseller al-rajhi bank
    019-2132858

  21. SayaBukanAlong says:

    August 30th, 2009 at 2:09 pm

    Selamat sejahtera semua. Saya kesian kpd yg tak berjaya dlm monsun biz. Saya juga dpd batch 1 yg pegi ke hotel Grand Season pd penghujung 2007. Tiba kat sana je saya da tau kena tipu. Kenapa saya kata gitu.

    1. Masa taklimat jemputan ke KL. Laki Pn Nora (En Aziz) ckp, tempat terhad cuma utk 250 peserta saja (ni dlm MLM kita panggil teknik ‘cipta rasa Xklusif’).

    Sampai kt sana saya tau peserta lebih dpd yg dia ckp sebab, x pernah umur saya pegi seminar/kursus… makanan kat buffet tray habis licin. Skali pandang mcm org kebulur dpt makanan. Tapi bila saya tanya budak banquet, dia ckp order utk 350 px tapi yg dtg termasuk staf (yg ramai gile) jejak 420~450 org.

    2. Masa road show dia kata hari tu, pergi KL tu kursus tapi bila sampai sana je, kursus alahai stakat tengok manual dgn powerpoint je tapi yg selebihnya buat sales pitch kedua (dlm MLM kita panggil ‘creating the prospect funnel’). Sebab masa ni la dia buat ‘locking’ kawasan dgn jual pakej yg lebih besar. Sape nak jadi dealer utara, selatan dsb. Masa time tu saya kt belakang sekali dgn sahabat saya mcm nak nangis tengok org melayu kena tipu bulat2. Mana tidaknya masa tu dia crita nak jual senang. Agen kena amik dgn dealer kawasan, dealer kawasan kena amik dgn dealer negeri. So dealer negeri goyang kaki sebab semua org dlm jajahan
    dia kalau nak meniaga kena amik dgn dia.

    Masa ni lah nak convince peserta, mereka gunakan senjata yg paling halus dan mudah jerat mangsa teknik sales ‘create a sense of losing the oppurtunity’. Maka ramailah yg ‘upgrade’ pakej kecil ke pakej yg lebih besar tanpa mereka tau apa kerja yg mereka kena buat utk dpt BMW yg
    dijanjikan tu spt yg Pn Nora dpt (bila dia dpt jual 1000 lot dlm masa 3 bln).

    Tapi yg pelabur tadi x tau ialah cara kerja PN Nora yg menghabiskan masa membuat roadshow dan WANG YG BANYAK yg di TAJA syarikat utk iklan di suratkhabar Metro (satu muka penuh) lebih 3 bulan dan dia cuma mampu bawa +/- 350 peserta dari SELURUH M’SIA ke Kuala Lumpur. ANDA para pelabur BAGAIMANA? Ada Modal? Pandai Cakap? Ilmu teknik closing sales dah cukup?

    Saya kesian pd satu makcik tu yg dtg dari Kg., nak naik tangga pun minta tlg org pimpin, ni kan lagi nak tekan butang komputer tu. Agak2 apalah nasib dia.

    Maafkan saya makcik sebab x dpt nak membantu masa tu sebab saya sendiri pun terjebak.

    Masa kt sana ketika dia buat game jawap kuiz dpt h/phone baru dgn collect seorg RM5 dpd peserta yg konon2nya cara manual berbanding SMS, ada satu part tu seorg peserta jawap soalan tu betul, tapi dia kata salah, alih-alih lepas satu org lain jawap dia panggil sorang budak pompuan, budak tu jawap sama mcm peserta tadi, dia kata betul. Dia bagi h/phone kt budak tu. Tak ke pembohong. Ntah2 pompuan tu ada kena mengena dgn dia. Saya pun tau dia bohong sebab air muka dia berubah bila peserta tu jawap betul. Mungkin dia x ‘expect’ org lain tau jwpan sebab mungkin dia rasa teka-teki dia hebat dan org lain x pernah dengar. Yg dia lupa, bila kita rasa kita hebat..akan ada org yg lebih
    hebat dari kita.

    3. Penganjur x salah menjual produk sebab kita dlm hidup pun banyak gak beli produk yg tak berfaedah. Produk yg dijual tu sebenarnya memerlukan org yg faham dan pakar dlm IT utk gunakan. Org yg nak gunakan tu jugak mestilah pakar dlm ilmu pemasaran dan tau cara penggunaannya. Org yg mencari ilmu, menggunakn komputer mencari maklumat. Org yg mencari
    keseronokan, menggunakan komputer mencari’porno’. Komputer x salah,
    pengguna saja yg punye tahap ilmu dan kefahaman yg berbeza. Yg saya marah ialah kenapa CEO tu biarkan produk dia dijaja cara tu. Mungkin CEO tu cuma tau cara keluarkan produk, lantas pemasarannya dia bagi kpd pasangan suami isteri yg jaguh dlm ilmu direct selling/MLM yg selalunya
    mempelajari teknik2 closing (yg penting jual). Siapa beli x kisah.

    Saya pernah tanya En Aziz tu sendiri.

    “Agak2 apa akan jadi kalau 350 org usahawan ni keluar dan esok terus buat kuiz SMS dlm suratkhabar? X penuh ke m/surat suratkhabar dgn kuiz berbanding berita?”

    Selamba dia jawap, “Tak akan jadi gitu, sebab sejarah dah membuktikan org melayu ni selalu ghairah”.

    Saya tanya lagi “Apa untung syarikat buat benda ni, sedangkan sykt boleh untung kalau dia monopoli?”.

    Katanya “Teknologi akan berkembang, benda yg kita sembunyikan pun x lama lagi org akan dpt PERCUMA mcm web hosting.”

    Tapi yg dia cuba rahsiakan ialah mereka bagaikan dealer casino. Dealer x akan rugi sebab dia akan gunakan kerugian dari kekalahan org lain utk bayar keuntungan kpd pihak yg menang. Dlm kes ni,

    Kalau semua org beli, dia UNTUNG dari jualan produk.
    Kalau semua org buat, dia UNTUNG dari 10% collection payment gateaway.
    Macamana sekali pun dia tetap UNTUNG.

    Saya pun x tau yg Datuk muda hari tu CEO TEKUN. Agak malang utk kerajaan ter’lantik’ CEO yg menggunakan peruntukan bantuan TEKUN utk projek ini. Sebab tu makcik warung kat simpang depan tu x dapat pinjaman TEKUN sebab warga Monsun Biz yg pinjam duit TEKUN ada yg x bayar. Tu x masuk lagi program-program yg dibiayai TEKUN mcm ternak keli atau MARA dgn Faratech.

    Bila kita niat untuk membantu, kita mesti ikhlas.
    Bila kita janji untuk bimbing, kita jgn mungkir.

    Hidup perlu keseimbangan, TIDAK akan ada yang digelar kaya seandainya TIDAK ada org miskin sebagai kayu pengukur.

    Bila ada yg UNTUNG pasti ada yg RUGI.
    Orang lain sakit gigi, Doktor gigi senyum lebar.

    Dalam law bisnes pun mesti ada balance di antara demand dan produce. Dalam bisnes ni pun dah nampak hukum itu. Kalau semua org beli 1000 lot dan lot-lot ni berlambak dlm pasaran. Maka persaingan berlaku utk merebut demand yg semakin sedikit. Di sinilah yg kita panggil ‘cutting edge’. Siapa bijak dia dapat. Strongest Man WIN. Yg kalah akan
    meninggalkan gelanggang dan mula menyalahkan gelanggang (kecik la, senget la, tak pakai sepender bertuah la ari ni dsb). Kemudian pasaran akan stabil semula utk kumpulan PEMENANG ini mengaut keuntungan. Sampai satu tahap ianya akan ’saturate’ disebabkan perubahan faktor keliling. Si PEMENANG akan cuba mencari peluang2 lain utk menambah pendapatan yang semakin susut atau mula rasa akan tewas dgn perubahan keliling
    ditambah dgn kemunculan ‘PEMAIN’ baru.

    MIRSB tau benda ni akan berlaku. Bila pendapatan syarikat berkurang, satu produk baru lagi akan dilancarkan. Strategi sama akan digunakan dan akan wujudnya ‘PEMAIN’2 baru dari produk ini.

    Cuba lihat dari Mobile Income ke SMS BIZ ke I-GO Mobile ke Call Centre ke Boss Mailer ke Monsun Biz dan lepas ni ?. Cara mereka mudah gunakan platform “menyahut seruan kerajaan”, “ICT bumiputra”, “Yg Pertama”, “Produk Unik”, “Tiada Pesaing” dsb. Macam saya katakan mereka adalah
    ‘dealer casino’ yg x akan rugi. Kalau saya adalah pelabur (yg x beretika, hanya keuntungan sebagai kayu pengukur), saya akan beli syarikat ini dgn CEO2nya sekali. Sebab dia bijak ‘mengenalpasti’
    pasaran (pasarannya ialah org melayu yg teraba-raba dlm dunia perniagaan).

    Kalau MIRSB ini TUTUP sekali pun akan ada ‘MIRSB’ yg baru akan wujud kerana ‘pasaran’ ini sentiasa ada. Kita yg berada dlm kelas ‘pasaran’ ini perlulah melengkapkan ilmu agak bijak bersaing didalam gelanggang.

    Utk mereka yg mempunyai kuasa, jadilah lebih bertanggungjawab dlm menjalankan tugas sebelum kuasa itu diambil oleh NYA.

    Utk mereka yg berilmu, bimbinglah mereka yg memerlukan sebelum ilmu itu hilang di dada akibat tidak diamalkan.

    Utk PENIPU-PENIPU yg cukup ‘oportunis’, berhati-hati diluar sana sebab anda mudah lupa rupa org yg anda tipu. (tapi mangsa x lupe punye)

  22. afiza says:

    October 22nd, 2009 at 10:30 am

    saya antara yang tertipu, wajarkah saya membuat laporan polis? jika tuan ada cadangan lain yang lebih berkesan, tolonglah kongsi bersama saya…
    terima kasih.

Leave a Reply