Scam + Menipu + Salahguna = Sepandai tupai…

Tuesday, October 14, 2008 13:43
Posted in category Pelaburan Haram, SMS Scam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pembaca Blog,

1.  Demam + ulser + sakit tekak buat saya tak larat nak buat kerja beberapa hari. Nak cakap beraya sakan tidak juga.. Musim kot!

2. Gara-gara ebook SMS SCAM, saya dan En Salleh berpeluang berjumpa dengan kaunselor Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.cfm.org.my) untuk  program kempen anti penipuan internet dan SMS. Exciting program! Insyallah akan saya ceritakan lagi nanti.

3. Bercerita tentang scam, penipuan dan manipulasi internet dan SMS, nampaknya tak surut2. Setiap masa ada je yang kene, pelbagai skim baru yang muncul.

4. Scam, penipuan dan manipulasi satu hal. Satu lagi perkara yang terlepas pandang adalah dari segi kawalan pelanggan.

Ruang Sembang SMS 8TV Digantung

5. Ketika kita menyambut lebaran yang lepas, ruang chat SMS di televisyen 8TV telah digantung siarannya serta merta oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).  Mesej2 yang terpapar di laman web tersebut berbaur lucah dan penawaran perkhidmatan seks. Ia diberitakan disini.

6. Mungkin ramai yang ingat bisnes SMS ni bila dah berjalan, kita biarkan sahaja..Itu tanggapan yang salah. Cuba tengok apa dah jadi? Staff 8TV yang sepatutnya memantau ruang sembang tersebut, mungkin ‘tertidur’ terlalu lama (atau tak peduli?) sehingga tak sedar apa yang sedang disembangkan  di ruangan tersebut.

7. SMS sama macam bisnes yang lain. Perlu diberi perhatian. Mungkin tidak kerap, tetapi secara berkala. Pengajaran kepada semua…

4 Syarikat Kantoi Dek BNM

8. Hari ini pula dalam Utusan, 4 syarikat diberkas oleh Bank Negara Malaysia kerana menganjurkan skim pelaburan yang tidak sah.

9. Syarikat ‘bertuah’ tersebut adalah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

10. Masih dalam siasatan. Tengoklah hasilnya macam mana nanti. Saya bukan bersifat judgemental, tapi saya dah tengok lama juga syarikat2 ni, akhirnya kantoi juga dek BNM.

11.  Anda tentu lebih tahu, sebenarnya ada banyak lagi syarikat-syarikat macam ini. Boleh senaraikan lagi ?

12. Insyallah, SKMM akan buat roadshow untuk kempen2 bentuk penipuan ini tidak lama lagi. Kalau tiada aral saya akan turut serta.

p/s : Marilah sama2 kita celikkan masyarakat kita yang sebenarnya tiada jalan pintas untuk berjaya, kaya atau bersenang lenang. Usaha, istiqamah dan tawakkal itu sahaja caranya.

You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Scam + Menipu + Salahguna = Sepandai tupai…”

  1. rina yang best says:

    October 15th, 2008 at 2:07 am

    abg iwan,rina nak tanya sket.macam mana dgn bisnes MLM?adekah MLM salah satu bentuk perniagaan yang baik sedangkan sesetengah company tu macam mempergunakan student ipt.mentang2 kami ada pinjaman dan biasiswa,maka kami ditipu dengan mengatakan bahawa duit yang dilabur membawa pulangan yang lebih besar pada kami dengan syarat kami mesti rajin cari downline.kadang2 ape yang pihak company tu janjikan tak sama dengan terma dan syarat yang termaktub dalam dokumen perjanjian.rase2 macam nak mengadu pada BNM tapi takut bukti tak cukup.tapi abg jangan risau.rina tak kene tipu punya tapi kawan2 laa dah rugi sampai RM36000.menyusahkan mak bapak je.so,abg iwan ade komen?

    irwandahnil said : Kalau nak komen panjang. Insyallah ada masa nanti tulis sikit tentang MLM dalam blog

  2. ijamidayu says:

    October 15th, 2008 at 1:59 pm

    :) MLM.. MLM sebenarnya benar-benar memberi pulangan kepada mereka. Jadi, apa masalah yg berlaku? Dimana silapnya?

    Sebabkan bro irwan nak komen dlm blog nie.. Saya tunggu la sekali.. :)

  3. Tertaranya Tanya says:

    October 16th, 2008 at 11:39 pm

    Apa pandangan bro mengenai Uptrend? Adakah bro rasakan bahawa Uptrend akan berkesudahan seperti 4 syarikat tersebut?

  4. Thinkerich says:

    October 19th, 2008 at 6:11 am

    Rina,

    MLM adalah satu bentuk perniagaan yang baik dan mampu memberi pulangan yang lumayan jika kita berusaha gigih selaras dengan rancangan perniagaan MLM, tetapi harus diingat diluar sana terlalu banyak company MLM yang berdaftar dan ada lesen AJL telah menyalahgunakan lesen tersebut dengan menjalankan perniagaan berbentuk piramid, Skim cepat kaya dan pelaburan haram..

    Maka berhati-hatilah.. jika ingin mendapat maklumat berkaitan kepenggunaan saya sarankan anda kunjungi blog dibawah untuk mendapatkan khidmat nasihat :-
    http://www.pemikirkaya.com

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

Leave a Reply