Jaga-jaga dia datang lagi..
Saturday, March 21, 2009 2:37Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Diatas sesuatu kebaikan biasanya ada orang yang akan melakukan kejahatan. Diatas sesuatu peluang akan ada orang lain yang mengambil kesempatan.
Musim terkini Akademi Fantasia telah kembali lagi. Setiap kali musim ini tiba, maka mereka2 yang bertopengkan SMS untuk mula menggoda anda. Mereka seboleh2nya akan cuba untuk mendapatkan maklumat bank anda bagi mereka menyedut wang2 di dalam akaun.
Sekadar peringatan :
1. Jangan layan kalau ada SMS yang menyatakan anda telah memenangi wang dari Akademi Fantasia. Kalau benar sekali pun, pihak Astro akan hubungi anda melalui telefon atau mesti ada surat. Delete je SMS tu.
2. Biasanya identiti atau nombor pengirim yang bermula dari +6xxxxx (nombor panjang), ia dihantar menggunakan SMS Broadcast. Identiti boleh diubahkan untuk Celcom dan Digi. Sila baca lanjut disini.
3. Ayat2 SMS tu mempunyai struktur bahasa yang teruk yang sangat nyata. Kadang kala ejaan salah dan kelihatan sungguh tidak profesional.
4. Apabila penipu menggunakan nama2 syarikat besar , mereka seringkali tersalah eja atau menggunakan capital / small letter ditempat yang salah. Contohnya Astro akan ditulis sebagai astro.
5. Hadiah kemenangan yang tidak munasabah sehingga berpuluh ribu ringgit. Jangan tamak dengan tawaran itu. Mana ada orang dalam dunia ni nak sedekah sebegitu banyak.
6. Dalam SMS kadang kala menyuruh anda menghubungi nombor yang diberikan. Jangan sesekali call!
Moga2 membantu. Hati2 kerana jerat tak pernah lupa …


