Celcom tidak anjur cabutan bertuah

Posted by SMSCrew On 21 April 2009 No Commented

KOTA BHARU 11 April - Syarikat perkhidmatan telekomunikasi, Celcom berkata, pihaknya tidak pernah menganjurkan sebarang peraduan cabutan bertuah kepada pengguna sehingga menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.

Timbalan Presiden Celcom (Malaysia) Berhad Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad berkata, pengguna perkhidmatan itu diminta berhati-hati dan tidak terpedaya sekiranya menerima panggilan terpilih memenangi wang tunai daripada cabutan bertuah.

“Celcom sememangnya tidak pernah menganjurkan pertandingan seumpama itu dan kebanyakan pengguna yang menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan memenangi hadiah berupa wang tunai itu adalah palsu belaka.

“Justeru kita meminta pengguna tidak mudah teruja sehingga terpedaya dengan panggilan daripada individu yang tidak bertanggungjawab itu yang telah menggunakan nama syarikat Celcom untuk memperdaya pengguna demi memperoleh nombor akaun bank dan sebagainya,” katanya di sini hari ini. - BERNAMA

Leave a Reply

Jaga-jaga dia datang lagi..
Jom Datang : Author’s Talk @ MPH Mid Valley