Jom Datang : Author’s Talk @ MPH Mid Valley
Seperti sebelum2nya, MPH akan menjemput penulis2 buku untuk bersama2 berkongsi pandangan dan hasil penulisan bersama2 audience. Kali ini giliran saya pula untuk berkongsi mengenai buku garapan terkini Bisnes SMS Cara Pantas.
Kali ini peluang anda untuk lihat sendiri, praktik dan juga sedikit demonstrasi bagaimana sistem SMS berfungsi. Jangan bimbang, bukannya kelas teknikal.. Cuma dengan talk ini membantu anda lebih memahami kandungan buku Bisnes SMS Cara Pantas. Program ini akan dijalankan selama satu jam bermula 3 petang di MPH Mid Valley pada 26 April 2009.
Sekiranya ada mempunyai sebarang masalah, pertanyaan dan ingin berbincang mengenai perniagaan SMS, ini merupakan satu platform yang sesuai untuk anda. Mungkin peluang ini tidak selalu datang, jadi anda boleh gunakan peluang ini untuk hadir ke majlis ini dan bersua muka. Semoga dapat membantu anda memahami perniagaan SMS dengan lebih baik.
Anyway, penyertaan percuma sahaja!
Ini pertama kali nak buat book talk @ MPH. Sebelum ini dah banyak kali dijemput tapi tidak berkelapangan. Saya sendiri tak tahu apa yang boleh dijangkakan dalam book talk kali ini.
Harap2 boleh dapat jumpa anda di sana nanti. War-warkan kepada kawan2 yang lain.
Wish me luck !
p/s: Sekiranya anda mempunyai permintaan khusus, boleh tinggalkan pesanan dan komen anda dibawah.
Berita Terkini : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS yang dijadualkan pada 25 April 2009 telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Bagi pihak Akademi SMS, saya memohon maaf kerana terdapat komitmen lain yang perlu diselesaikan.
[...] p/s : Minggu ini 26 April 2009, saya akan menganjurkan Author’s Talk di MPH Mid Valley pada jam 3 hingga 4 petang. Kalau anda ingin mengetahui bagaimana cara untuk mengubah 10% dari produk anda atau produk orang lain dengan menggunakan SMS, mungkin anda boleh hadiri sesi yang akan dianjurkan. Kehadiran juga percuma. Maklumat lanjut, klik disini. [...]