Malaysia Top 3 SMS di Asia Pasifik

Saturday, June 6, 2009 1:45

Malaysia berada di tempat ketiga di Asia Pasifik dari segi aliran khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru, dengan lebih satu bilion pesanan. Acision, syarikat pemesejan terkemuka dunia, berkata, Malaysia di tempat ketiga, di belakang Filipina, dengan 2.36 bilion dan Indonesia yang mencatatkan sehingga 1.193 bilion pesanan.

Malaysia mencatatkan 1.075 bilion pesanan, kata Acision dalam satu kenyataan di sini hari ini. Syarikat itu berkata, dengan 93 peratus kadar penembusan mudah alih, pasaran mudah alih Malaysia dengan begitu cepat sampai ke paras penepuan dan untuk pertama kalinya, memecah paras satu bilion aliran pesanan dalam tempoh dua hari.

“Ini merupakan peningkatan 13 peratus dalam pertumbuhan penghantaran pesanan berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Acision melaporkan terdapatnya pertambahan 40 peratus dalam aliran penghantaran pesanan semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru di seluruh Asia Pasifik dengan sejumlah 6.37 bilion pesanan.

SMS membentuk sebahagian besar aliran trafik dengan 6.36 bilion sementara 9.54 juta perkhidmatan pesanan multimedia (MMS) dicatatkan.

“Musim perayaan masih kekal menjadi tumpuan bagi trafik yang tinggi untuk kedua-dua pengendali dan pengguna. Selain daripada itu, kita menyaksikan trafik MMS turut meningkat di seluruh rantau ini,” kata syarikat itu.

Ia berkata, trafik MMS dijangka meningkat memandangkan para pengguna kini kian tertarik untuk berinteraksi dengan laman blog dan aplikasi peribadi masing-masing seperti Facebook.

Syarikat juga berkata, permintaan berterusan untuk infrastruktur SMS yang boleh dipercayai dan rumusan SMS berkualiti tinggi dijangka dalam tempoh terdekat. - Bernama

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply