Mengapa Teknik Pemasaran SMS Tidak Berkesan ?
Thursday, February 18, 2010 3:42Dalam pembentangan kertas kerja yang dilakukan oleh Jelassi. T, mendedahkan bahawa kempen SMS memberikan kadar tindakbalas yang lebih tinggi iaitu sehingga 40 peratus berbanding dengan pemasaran secara terus (tiga peratus) dan pengiklanan bannner di internet (satu peratus). Kalau begitu baik kadar tindak balasnya, mengapa pula SMS yang diterima dalam video ini dianggap SPAM ?
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi penerimaan pengguna terdapat pemasaran melalui SMS :
1. Kebenaran tuan punya telefon bimbit
Dapatkan kebenaran pengguna telefon bimbit sebelum hantarkan iklan kepada mereka. Dengan cara ini, sesebuah syarikat akan lebih dihormati dan tidak dirasakan ‘menceroboh’ ketenteraman seseorang. Pelanggan juga mahukan kebebasan untuk menerima atau menghadkan penerimaan SMS dari pengiklan.
2. Pengguna mampu mengawal iklan
Kajian menunjukkan bahawa pelanggan tidak keberatan untuk menerima iklan melalui SMS sekiranya mereka tahu bahawa setiap iklan tersebut boleh dikawal penghantarannya oleh syarikat telekomunikasi.
3. Pengenalan dan penjenamaan
Pelanggan akan mudah rasa ragu-ragu tentang kesahihan sesuatu iklan apabila identiti penghantar SMS tersebut tidak diketahui. Pemasaran SMS yang dilihat sebagai tidak telus oleh pelanggan, akan memberikan kadar tindak balas yang rendah oleh pelanggan.
Jadi agak jelas mengapa SMS ini dianggap spam. Terima kasih kepada Saudara Zamri Nanyan kerana membuat video ini. Ia memberi kesedaran bahawa secanggih mana pun teknologi tetap tidak berguna jika tidak terdidik untuk menggunakannya secara betul.


