Archive for the ‘SMS Scam’ Category
Cuba Menipu Guna SMS
Tuesday, June 2, 2009 1:40 No CommentsMUAR 27 April - Dua peragut yang mencuba ‘bakat’ baru menipu dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan wang diberkas setelah cuba menyamar sebagai pemilik telefon bimbit yang sebelum itu menjadi mangsa ragut mereka. Dalam kejadian 22 April lalu, kedua-dua suspek yang berusia 25 dan 41 tahun itu menghantar SMS kepada rakan-rakan mangsa untuk [...]
Waspada Skim Tipu Kad Kredit
Thursday, May 14, 2009 1:22 No CommentsPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun berkata, skim tersebut yang dikesan sejak tahun lalu didapati semakin berleluasa sehingga hari ini. Beliau berkata, bagi tahun ini sahaja, polis menerima sebanyak 25 laporan berhubung penipuan sindiket berkenaan.“Modus operandi sindiket itu ialah dengan menghantar SMS kepada pengguna telefon terutamanya mereka yang menggunakan talian Maxis,” katanya [...]
Waspada Panggilan & SMS Minta Maklumat Perbankan
Friday, May 8, 2009 1:20 No CommentsBank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada jika menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta maklumat perbankan peribadi mereka. Pemanggil dan SMS yang dihantar mendakwa mereka dari bank pusat itu atau bank-bank komersil lain. BNM dalam satu kenyataan hari ini menyebut, tidak ada jabatan yang dikenali sebagai “Unit Kad Kredit Palsu” di [...]
Waspada SMS palsu - Ambank
Monday, April 27, 2009 1:16 No CommentsKUALA LUMPUR 7 April - AmBank (M) Bhd. menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang cubaan oleh pihak ketiga mendapatkan maklumat peribadi dan rahsia mereka. AmBank, dalam satu kenyataan hari ini berkata, bank itu tidak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan maklumat peribadi dan bukan menjadi dasar bank menanyakan maklumat peribadi menerusi panggilan telefon.
Celcom tidak anjur cabutan bertuah
Tuesday, April 21, 2009 1:15 3 CommentsKOTA BHARU 11 April - Syarikat perkhidmatan telekomunikasi, Celcom berkata, pihaknya tidak pernah menganjurkan sebarang peraduan cabutan bertuah kepada pengguna sehingga menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.
Timbalan Presiden Celcom (Malaysia) Berhad Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad berkata, pengguna perkhidmatan itu diminta berhati-hati dan tidak terpedaya sekiranya menerima panggilan terpilih memenangi wang tunai daripada cabutan bertuah.
“Celcom sememangnya [...]


