Mengenai
Sejarah Akademisms.com bermula pada tahun 2006, apabila seorang pemuda bernama Irwan Dahnil menghasilkan ebook SMS pertama yang membongkar rahsia perniagaan SMS. Ebook yang ditulis secara ’suka-suka’ itu meletup dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada komuniti internet. Disebabkan ebook tersebut, orang mula menyedari bagaimana perniagaan SMS dan mula berminat. Ebook yang dijual melalui laman web smswang.com itu segera memecah tradisi apabila menjadi best seller jualan di internet dengan lebih RM12,000 jualan terhasil!

Keadaan menjadi lebih serius. 8 bulan selepas ebook tersebut dilancarkan, buku SMS pertama berbahasa Malaysia pula dihasilkan. Buku Buat Duit Dengan SMS menjadi buku pertama berkaitan dengan SMS yang tampil di media radio dan televisyen menjadi panduan bagi mereka yang memulakan perniagaan SMS. Ebook dan juga sumber rujukan percuma juga boleh diperolehi secara percuma.
Pada Julai 2007, Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS juga telah dianjurkan buat pertama kalinya. Seminar ini benar-benar berjaya dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.
Pada akhir tahun 2007, domain juga telah diubah menjadi Akademisms.com seperti sekarang ini untuk memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai laman web ini. Sehingga kini, program dan juga inisiatif telah membantu beratus-ratus individu seperti anda untuk mendapatkan bantuan, khidmat nasihat, rujukan dan pelbagai maklumat berkaitan dengan dunia perniagaan dan pemasaran SMS.
Bermula 2009, Akademisms.com telah berwajah baru dengan membuka pintu kepada semua untuk menyertai

program dan aktiviti yang dianjurkan. Sesi khidmat nasihat, rujukan perniagaan dan juga khidmat perundingan diwujudkan. Akademisms.com juga telah menerima sokongan dan bantuan dari pelbagai syarikat, industri dan NGO bagi menjayakan misinya.
Diharapkan dengan program dan juga bahan rujukan yang disampaikan di laman ini dapat membantu membanteras skim-skim perniagaan SMS yang bersifat manipulatif dan dapat memberikan gambaran yang tidak prejudis kepada industri SMS.
Di Akademisms.com, visinya adalah untuk memudahkan anda memahami konsep perniagaan dan pemasaran SMS dalam skop yang lebih luas. Kebanyakan dari sumber rujukan di laman web ini hanyalah sebagai panduan semata-mata dan tidak dapat mengubah anda sekiranya ia tidak dilaksanakan. Akademisms.com hanya membantu tetapi andalah yang menjayakannya.
Akademisms.com bukanlah satu skim pelaburan internet, skim cepat kaya, program MLM atau merekrut downline. Irwan Dahnil juga merupakan ahli bersekutu Forum Pengguna Malaysia (CFM) sebuah organisasi yang memberikan khidmat bantuan kepada mereka yang mengalami masalah dalam skim penipuan SMS dan internet. Membanteras penyalahgunaan SMS untuk kepentingan lain adalah menjadi tanggungjawab semua bagi memastikan

industri SMS tidak tercemar dan dipandang serong masyarakat.
Layari link-link lain yang berkaitan. Semoga ia dapat membantu anda.



