Latihan

Ada juga diantara kita yang lebih gemar untuk menghadiri kursus atau seminar. Dari semasa ke semasa, beberapa siri ceramah, bengkel dan seminar akan diadakan bagi mereka yang berminat. Sehingga kini telah diadakan beberapa siri bengkel, ceramah dan seminar yang telah dimulakan sejak tahun 2007.

Ramai yang lebih gemar untuk menghadiri seminar kerana dapat bertemu wajah pengasas Akademisms.com selain dari bertukar-tukar nombor telefon. Ini biasanya akan disusuli dengan program-program pertemuan informal, sesi teh tarik atau sebarang kerjasama perniagaan. Lagi pun mana sama kalau anda belajar dari buku berbanding dengan belajar dari guru kan ? Tentunya berbeza.

Antara latihan dan seminar yang telah diperkenalkan adalah :


Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS

Telah dimulakan sejak tahun 2007.  Seminar ini hanya diadakan 3 bulan sekali dan jumlah penyertaan adalah terhad. Untuk maklumat lanjut sila layari : Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS

Buat pertama kalinya di Malaysia, peluang untuk anda melibatkan diri dengan perniagaan SMS terbuka luas. Semua orang tahu bagaimana SMS menjadi satu revolusi baru perniagaan, tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana perniagaan ini boleh dilaksanakan.

Mungkin ada yang sudah tahu apakah perniagaan SMS tetapi tidak ramai yang mengetahui bagaimana untuk menghasilkan sesuatu perniagaan SMS yang berbeza dari pesaing anda.

Selain itu, Akademisms.com juga menganjurkan beberapa bengkel jangka pendek, workshop dan taklimat.

Bengkel Praktikal Perniagaan SMS

Bengkel setengah hari ini diadakan dalam group yang lebih kecil untuk membantu peserta menggunakan aplikasi SMS yang terdapat dipasaran. Program ini ditawarkan secara percuma kepada alumni seminar. Buat masa sekarang bengkel ini tidak terbuka dan hanya melalui jemputan sahaja.

Workshop ini dirancang khusus bagi meliputi segala aspek operasi dan pengurusan pemasaran dan perniagaan SMS. Workshop ini mengurangkan sesi ceramah dan penerangan dan lebih fokus kepada penyelesaian masalah, kaedah penyelesaian masalah, langkah-langkah praktikal dan juga demonstrasi perniagaan dan pemasaran SMS.

Oleh itu, pra-syarat untuk menghadiri ini adalah perlunya ilmu pengenalan dalam perniagaan dan pemasaran SMS yang boleh didapati dari ebook atau buku. Jangan datang ke workshop sekiranya anda tidak tahu apa-apa dalam perniagaan SMS.