Soalan Lazim

 

 

"Apakah SMSGrup ?"
SMSGrup adalah sistem SMS untuk anda menyebarkan maklumat, informasi, pengumuman dan memo kepada semua yang mendaftar dalam kumpulan SMS anda. Seperti menyertai mana-mana group di internet, sesebuah group perlu diwujudkan oleh moderator, dan ahli-ahli group perlu subscribe untuk menyertai group tersebut.

"Apakah Kelebihan SMSGrup?"
Sebagai moderator SMSGrup anda sendiri, anda boleh menggunakan SMSGrup untuk anda menyebarkan informasi kepada semua nombor telefon bimbit yang mendaftar dengan anda dengan caj 30 sen sahaja.  

Kalau hanya 10 orang yang mendaftar dalam group anda, tetap dikenakan 30 sen. Kalau sejuta orang juga setiap SMS yang anda hantar tetap dikenakan 30 sen!

"Siapakah Yang Sesuai Menggunakan SMSGrup ?"
Adik saya suka main futsal. Adik saya menggunakan SMSGrup ini untuk membuat pengumuman kepada rakan-rakannya mengenai jadual permainan futsal akan datang. Dengan satu SMS bernilai 30 sen, semua rakan2nya yang mendaftar dibawah group futsalnya akan menerima pengumuman melalui SMS.

Banyak lagi grup yang boleh menggunakan SMS. Seperti pensyarah-pelajar, kakitangan organisasi, MLM group dan pelbagai lagi. Di internet, SMSGroup boleh diandaikan sebagai subscription ke laman web.

"Bagaimanakah Menggunakan SMSGrup?"
Sangat mudah! Anda hanya perlu wujudkan group anda sendiri. Anda boleh cipta group anda dan akan perlu meminta ahli-ahli group anda mendaftar sebagai ahli kumpulan anda. Apabila anda ingin menghantar SMS, cuma taipkan nama group anda dan hantarkan SMS tersebut. Kesemua ahli kumpulan yang mendaftar akan menerima SMS anda. 

 "Apakah Ciri-ciri Istimewa SMSGrup ?"
SMS boleh dilakukan kepada semua nombor telefon bimbit, tanpa mengira sama ada Maxis, Celcom atau Digi. Anda boleh menghantar SMS seberapa banyak yang anda suka tanpa had. Sistem ini sangat mudah digunakan dan berfungsi 24 jam sehari.

"Apakah SMSGrup mempunyai fungsi yang sama dengan SMSBroadcast ? 
SMSGrup mempunyai keupayaan sama seperti SMSBroadcast iaitu menyebarkan maklumat kepada nombor telefon. Dalam SMSGrup, setiap SMS yang dihantar oleh moderator dikenakan caj 30 sen, manakala setiap ahli SMSGrup yang menerima SMS tersebut juga akan dikenakan 30 sen.

Berbeza dengan SMSBroadcast dimana semua caj SMS yang dihantar kepada penerima dikenakan kepada moderator. Dengan SMSBroadcast, sekiranya anda ingin menghantar SMS kepada 100 pelanggan, maka anda perlu membayar caj 100 SMS.  

"Bagaimana Saya Boleh Membeli SMSGrup ?"
Buat masa ini, SMSGrup bukan untuk diperdagangkan. Ia adalah pemberian percuma dengan pembelian produk AkademiSMS.com untuk menggalakkan penggunaan SMS sebagai alat pemasaran yang baru di Malaysia. 

"Apakah Keperluan Untuk Menggunakan SMSGrup ?"
Anda hanya perlu mempunyai telefon bimbit yang mempunyai kredit secukupnya. Itu sahaja.

"Adakah SMSGrup ini membolehkan saya menghasilkan wang dari SMS ?"
Oh tidak. SMSGrup ini bukan alat menghasilkan wang. SMSGrup adalah bagi tujuan promosi dan memudahkan komunikasi dalam kumpulan. 

"Saya masih belum faham. Boleh berikan contoh?"
Contoh 1
Andaikan saya seorang pensyarah dan mempunyai 300 pelajar dalam satu kuliah. Saya hanya perlu mewujudkan SMSGrup saya sendiri. Katakan nama group saya adalah IRWAN. Maka saya akan meminta semua pelajar saya untuk mendaftar sebagai ahli dalam SMSGrup IRWAN.

Saya hanya perlu menghantar SMS ke grup saya sekiranya saya ingin membuat pembatalan kelas, makluman tugasan, perjumpaan dengan pelajar dan juga perbincangan. Hanya dengan satu SMS berharga 30 sen, saya boleh menghubungi semua pelajar dalam kuliah saya.

Contoh 2
Katakan saya mempunyai laman web yang sentiasa dikunjungi. Sebagai webmaster, saya boleh mewujudkan SMSGrup saya sendiri bagi membolehkan pengunjung2 laman web saya mendaftar sebagai ahli yang mahu menerima pengumuman, berita terkini atau perkembangan semasa laman web saya.

Sekiranya ada sebarang pengumuman, berita terkini atau perkembangan semasa mengenai laman web saya, dengan 30 sen saya boleh menghantar SMS kepada semua nombor telefon yang mendaftar dibawah grup saya.

"Jadi bagaimana saya mahu bermula?"
Anda rilex sahaja. Saya akan emailkan anda katalaluan dan manual untuk anda mewujudkan SMSGrup anda sendiri. Itu sahaja. 

Saya ada banyak soalan yang ingin ditanya. Bagaimana saya boleh menghubungi anda?
Boleh hubungi saya di talian 013-22 959 44. Tetapi, kami lebih gemar berurusan melalui email.


Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi :

Sales Team / En Helmi
Tel : 013-2295944 Fax : 03-80631793
info@akademisms.com
(Waktu Perkhidmatan Pelanggan : 9am - 5.30pm Isnin - Jumaat )

Untuk Sebarang Surat Menyurat, Sila Alamatkan :
Irwan Dahnil
d/a Richmentech (M) Sdn Bhd
43-3-2, Jalan Puteri 4/1, Boulevard 1,
Bandar Puteri 47100 Puchong Selangor
(Kehadiran dengan temujanji)

 

EBook Formula Bisnes SMS Untuk Beginner

Anda akan didedahkan dengan 7 perniagaan SMS yang utama Undian, Chatting, IOD, Subscribe, Page, Slogan dan Contest

Buku Buat Duit Dengan SMS :

Buku SMS Pertama Yang Diterbitkan Yang Mudah Difahami Ditulis Oleh Usahawan Untuk Usahawan. 
Seminar Perniagaan & Pemasaran SMS :

Seminar Perniagaan SMS Yang Mendedahkan Bagaimana Menjana Pendapatan Secara Sambilan, Dilakukan Dari Rumah dalam Masa 7 Hari! 

Workshop Praktikal Bisnes SMS :

Sekiranya anda ingi mempelajarai langkah demi langkah, beserta demonstrasi bagaimana mengelolakan sistem SMS anda, hadiri Workshop Praktikal, 'Fast-Track'

Privacy Policy   Anti-Spam Policy   Disclaimer   Earnings Disclaimer Affiliate Program Blog Irwan Dahnil